Showing posts with label Kajian Pemikiran. Show all posts
Showing posts with label Kajian Pemikiran. Show all posts

Thursday, May 15, 2025

Brelwi percaya Nabi Muhammad bukan manusia biasa

 Kaum musyrikin Makkah menolak kerasulan Nabi Muhamamd SAW kerana pada anggapan mereka seorang rasul tidak boleh seornag manusia. Rasul tidak boleh bersifat manusia. Rasul hendaklah bersifat malaikat. Malaikat itu adalah tercipta cahaya. Malaikat tidka makan, tidak minum, tidak berkahwin dan tidak berjalan di pasar.

Orang kafir musyrikin mahu kalau nabi Muhammad itu rasul Allah, dia bukan manusia biasa. Dia makhluk yang lain dari sudut asal dan sifat!

Keinginan kaum musyrikin ini dinyatakan Allah SWT dalam Al-Quran:

﴿ وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَن يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ إِلَّا أَن قَالُوا أَبَعَثَ اللَّهُ بَشَرًا رَّسُولًا﴾

[ الإسراء: 94]


Malangnya, ada firqah dalam Islam yang pemikirannya sama macam pemikiran kaum Musyrikin itu. Mereka tidka boleh terima kalau Nbai Muhammad itu itu seornag manusia biasa yang dilebihkan Allah hanya dengan sebab mendapat wahyu. Mareka mahu angkat Nabi Muhammad itu di luar sempanan manusia biasa. 

Firqah itu adalah Brelwi yang muncul di tanah India.

Kemudian, pemikiran firqah ini menjalar ke dalam pori-pori ahli sufi dan menjadui anutan banyak tariqat yang muncul di seluruh dunai. Lalu, kaum muslimin yang menaruh minat kepada kesufian terjangkit dengan wabak pemikiran yang terbut dari fikrah Brelwi ini.

Sebenarnya Brelwi itu sebndiri mengambil kesongsangan fikrahnya dari fiqah sesat sebelumnya terutama yang ada asimilisi dengan Syiah.












Monday, June 10, 2024

Al-kisah wehdatul wujud.

Ada cubaan di kalangan asatizah tertentu yang cuba mewajarkan wehdatul wujud. Ia cuba digambarkan sebagai akidah yang benar dan tidak bermasalah. Ia tidak ada hubungkait dengan tahallul dan ittihad. Padahal, para ulama telah ramai tampil menjelaskan kebatilan akidah wehdatul wujud ini. 

Jika anda faham sifat milal dan firaq yang muncul di garis zaman, ada masa ia menjengah kepalanya dan kemudian tenggelam Ada masa ia muncul menunjukkan watak dan jatidirinya lalu menguasai. Dulu, Muktazilah pernah jadi mazhab negara dan kemudian dikalahkan dan tenggelam. 

Ajaran dari milal dan firaq yang pelbagai seperti kura-kura di kalangan manusia. Ada masa dia hulur kepala dan ada masa dia sembunyikan.

Wehdatul wujud ini diserang habis-habisan oleh ulama yang rasikh, lalu para peronggengnya terperosok dan alah. Kini, benihnya tak putus dan ada pula penerusnya.

Akidah ini diangkat oleh tokoh sufi seperti Ibn Arabi dan boleh disemak menerusi kitab-kitabnya seperti Al-Fusus dan Futuhat.

Para peronggeng wehdatul wujud cuba menghalalkannya dengan alasan yang kelasik yang dirintus oleh para pendahulu. Mereka mentakwilkan konsep wehdatul wujud agar kepada konsep yang leihatannya tidak bertentangan dengan akidah Islam dan menyepikan anasir-anasir dalamannya yang jelas kebatilannya. Mereka juga  membezakan maqam orang makrifah dengan orang yang tidak makrifah lalu dikalungkan wehdatul wujud itu sebagai mukasyafat wali kalangan ahli makrifah.


Bacaan: https://www.islamweb.net

Wednesday, May 29, 2024

KONSEP GOLONGAN SAADAH BUKAN IDEA ISLAM

 Hari ini, keturunan Bani Hashim merasakan diri sebagai paling utama dalam Islam. Mereka menamakan diri mereka sebagai Saadahg. Apa maksud Saadah? Ia adalah kelompok para pemimpin. Maka yang bukan bani Hashim adalah yang dipimpin? 

Persoalajn yang harus kita renungkan, apakah konsep Saadah berdasarkan keturunan itu ada dalam Islam? 

Menoleh ke belakang, zaman sebelum Islam, memang diakui bahawa Bani Hashim itu adalah Saadah di Kota Makkah. Lihatlah bagaimana sejarah memberitahu anda tentang kepimpinan dalam kalangan Butun Quraisy. Ada persaingan antara anak-anak Abdul Manaf. Hashim muncul dengan Saadahnya. Saadah itu dilanjutkan oleh Abdul Mutallib. Setlah itu diteruskan oleh Abu Talib. Abu Talib meninggal dalam hayat nabi dan di zaman ISlam. Dia tidak masuk Islam dan dia mati sebagai saadah Quraisy. Lepas Meninggal Abu Talib, saadah Bani Hasyim dipegang oleh Abu Lahab.

Islam pun kian kuat dan pengaruh saadah Bani Hasyim sudah tiada makna lagi. Saadah atau kepimpinan seklepas nabi berada di tangan manusia terbaik selkepas Nabi iaitu Abu Bakar As-Siddik. Selanjutnya Umar Al-Khattab dan seterusnya Uthman bin Affan. Pergolakan politik dan fitnah terjadi. Ali diangkat jadi penrus. Ketika ini mula timbul pecahan dan hizib dalam Islam. 

Tambahan pula ada keluarga dari cabang Bani Abdus Syams bin Abdul Manaf yang juga menginginkan kepimpinan.

Perkembangan zaman menjadikan semangat saadah kembali mekar. Ia disiram dan disuburkan kembali. Sayangnya sejarah tidka memihak kepada Bani Hasyim. Bani Umayyah berkuasa hampir seratus tahun dan beraksi cemerlang di persada sejarah. Jihad, dakwah dan pelestarian negara di bawah kendali bani Umayyah.

Bani Hashim pula berpecah kepada dua cabang utama dan menonjol

Bani Alwiyyah dan Bani Abbas.

Tahun 130H Bani Umayyah ditumbangkan . Bani Abbasiyyah mengambil alih tampuk kepimpinan. Daulah dibina dan bertahun lebih 500 tahun. Bani Alawiyyah mencari-cari ruang untuk beraksi di panggung sejarah.

Dapatlah dibina kerajaan berorintasikan alirah Syiah di sana sini. Sementara pengaruh Syiah telah menguasai Bani Alawiyyah.

Konsep Saadah kemudian dimonopoli oleh Bani Alawiyyah dan ia didoktrinkan dalam dada para pengikut yang percaya.

Saadah bukan cetusan Islam. Ia konsep zaman Jahiliyyah yang hanyut tenggelam timbul dan cuba menjengah di saat tekanan politik di sana sini. 

Imbas kembali semula....semasa nabi SAW berhempas pulas menyampaikan dakwah, berapa ramai bani Hashim yang masuk Islam? Pakciknya sendiri tidka mahu, sungguhpun dia membela. Sehingga fathu Makkah, berapa kerat sahaja yang masuk Islam. Tak sampai 12 orang. Antaranya ialah Hamzah bin Abdul Mutalib, Jaafar bin Abu Talib, Ali bin Abu Talib, Safiyyah bt Abdul Mutallib. Yang lain ambil pendirian tunggu dan lihat Mereka adalah Saadah dan saadah mereka tidak berpaut kepada Islam. Mungkin itulah anggapan majoriti Bani Hasyim saat itu. 

Konsep Saadah yang ditempelkan kepada Bani Hasyim tiada dalam Islam. Ia adalah dorongan kemahuan politik , kekasaan dan pamrih dunia. Bukan demi pembelaan agama Islam. Bani Hasyim  bukan barisan depan perjuangan ISlam sejak awal dakwah nabi SAW. Barisan depan Islam adalah manusia bertyakwa yang Allah pilih dari pelbagai puak dan qabilah. 

JIka kita buat anggaran, paling maksima jumlah bani Hasyim pada hari pembukaan Kota Makkah ialah 100 orang. Ini adalah mengambil kira 4 keturunan Bani Hashim iaitu Keturunan Ali, Keturunan Jaafar, Keturunan Aqil dan Keturunan Abbas. Bandingkan dengan jumlah ummat Islam pada masa itu. Kita dasarkan kepada jumlah tentera kaum Muslimin dalam Perang Tabuk iaitu 30 ribu personal. Di masa itu juga pendukan jJazirah Arabiyyah ramai yang sudah memeluk Islam, termasuk dari Yaman,dan lain-lain yang tidak ikut serta dalam ketumbukan itu kerana jauh. Kita anggarkan jumlah semua Umat Islam mencapai 500 ribu orang.  Maka, berapa peratuskah Bani Hasyim berbanding keseluruhan Ummat Islam? Iainya tidak sampai 0.02%

Ironinya, mereka yang mendakwa sebagai Bani Hashim di zaman ini , jumlahnya dianggarkan 40 juta.iaitu 2% daripada anggaran keseluruhan umat Islam seluruh dunia pada tahun 2017 yang mencapai 1.8 billion.Jika pertumbuhan biasa, Bani Hashim tidak akan men capai jumlah itu. Hanya jika berkembang biak sebagaimana serangga berkembang, baru mungkin!


Sumber Kajian:: https://almashhadalkhaleeji.com/art1151.html

Wednesday, February 28, 2024

Tiada Kahnut dalam Islam

Kahnut adalah kekuasaan orang agama sebagai wakil Tuhan di bumi. Hukumnya adalah hukum Tuhan. Dia membawa kesucian Tuhan. Dia menajadi bebayang Tuhan di kalangan manusia. Keadaan agamawan yang dianggap sedemikian, dalam istilah Arab disebut Kahnutiyyah.

Keadaan ini pernah berlaku di Eropah pada zaman pertengahan di mana paderi memiliki kekuasaan atas para raja dan rakyat. 

Dalam Islam ulama bukanlah RIJALUDDIN. Konsep Rijaluddin wujud dalam agama Kristian dan tidak wujud dalam kefahaman Islam. Namun, kerana pegaruh Kristian atas ummat Islam, muncul para ulama yang diangkat sebagai Rijaluddin!

Untuk menjauhkan para ulama dari unsur Kahnutiyyah, maka hendaklah fatwanya dilihat sebagai ijtihad dan bukan Idhtihad.  Bukan Undang-undang yang mengikat orang ramai.


Kahnut adalah ciri khusus dalam agama Kristian.  

RUMUSAN KITAB: PERBEZAAN ANTARA DUA WALI

Bukan semua wali itu wali Allah. Ada juga wali syaitan. Pembahagian dua jenis wlai inu bukan rekayasa Ibn taimiyyah atau sesiapa. Memang All...