Monday, June 10, 2024

Al-kisah wehdatul wujud.

Ada cubaan di kalangan asatizah tertentu yang cuba mewajarkan wehdatul wujud. Ia cuba digambarkan sebagai akidah yang benar dan tidak bermasalah. Ia tidak ada hubungkait dengan tahallul dan ittihad. Padahal, para ulama telah ramai tampil menjelaskan kebatilan akidah wehdatul wujud ini. 

Jika anda faham sifat milal dan firaq yang muncul di garis zaman, ada masa ia menjengah kepalanya dan kemudian tenggelam Ada masa ia muncul menunjukkan watak dan jatidirinya lalu menguasai. Dulu, Muktazilah pernah jadi mazhab negara dan kemudian dikalahkan dan tenggelam. 

Ajaran dari milal dan firaq yang pelbagai seperti kura-kura di kalangan manusia. Ada masa dia hulur kepala dan ada masa dia sembunyikan.

Wehdatul wujud ini diserang habis-habisan oleh ulama yang rasikh, lalu para peronggengnya terperosok dan alah. Kini, benihnya tak putus dan ada pula penerusnya.

Akidah ini diangkat oleh tokoh sufi seperti Ibn Arabi dan boleh disemak menerusi kitab-kitabnya seperti Al-Fusus dan Futuhat.

Para peronggeng wehdatul wujud cuba menghalalkannya dengan alasan yang kelasik yang dirintus oleh para pendahulu. Mereka mentakwilkan konsep wehdatul wujud agar kepada konsep yang leihatannya tidak bertentangan dengan akidah Islam dan menyepikan anasir-anasir dalamannya yang jelas kebatilannya. Mereka juga  membezakan maqam orang makrifah dengan orang yang tidak makrifah lalu dikalungkan wehdatul wujud itu sebagai mukasyafat wali kalangan ahli makrifah.


Bacaan: https://www.islamweb.net

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...