Tuesday, June 11, 2024

MINUMAN AYAHUASCA MEMBAWA PERJALANAN ROHANI.

 Orang Melayu terkenal dengan dunia pertapaan.

Seseorang yang bertapa dan menjalani latihan keras, kurang tidur, sedikit makan dan mungkin ada makanan tertentu sahaja yang dijamah, membuatkan dia akan mengalami pengalaman ajaib semasa pertapaan

Hal yang sama juga menjadi pengalaman sesetengah ahli Sufi yang mengambil jalan bersuluk.

Ada yang mendakwa boleh jumpa Nabi Khidir, jumpa raja Jin dan jumpa si anu si anu.

Kecenderungan yang sebegini bukan sahaja ada di alam Melayu.

Di kalangan oorang Asli yang menghuni Amerika Selatan, mereka mengenali satu jenis minuman yang dikenali sebagai Ayahuasca yang membawa peminumnya menjelajah alam ghaib atau alam dimensi lain. 

Ia menakjubkan!

Maka apa yang menjadi pertanyaan ialah, dakwaan sebahagian ornag bahawa dia nampa seseornag yang telah mati atau manusia pada zaman sebelumnya, apakah ia satu yang istimewa untuk orang sepertinya atau ia menjadi permainan akal disebabkan sesuatu faktor?

Perkara inilah yang perlu dirumuskan secara ilmiah dan bukan dugaan-dugaan semata.

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...