Sunday, June 9, 2024

Memahami hadis perintah bunuh ke atas sepupu Mariah Al-Qibtiyyah

Mariah Al-Qibtiyyah adalah hamba yang dihadiahkan oleh Muqauqis, raja Mesir kepada Nabi Muhammad SAW. Bersama Mariah itu dikirimkan juga saudara perempouannya yang bernama Sirin.  Selain itu ada juga sepupu Mariah yang ikut serta, iaitu seorang lelaki.Maka, Mariah itu telah diambil oleh Rasulullah SAW sebagai hambanya. Manaka Sirin dihadiahkan kepada penyair Rasulullah SAW , Hasan bin Tsabit.

Maka jadilah Mariah Al-Qibtiyyah itu hamba Nabi SAW dan dengannya nabi beroleh seorang anak lelaki bernama Ibrahim.  Namun, Ibrahim tidak dapat hidup lama. Pada usia 2 tahun, Ibrahim pun meninggal.

Maka, disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Muslim dalam Sahehnya dan juga Ahmad dalam Musnadnya, daripada Anas bin Malik bahawa ada seorang lelaki telah dituduh berbuat curang dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Lalu, oleh Nabi SAW , diperintahkan Saidina Ali r.a  pergi cari lelaki itu dan bila jumpa hendaklah dibunuh dia.

Ali pun keluar mencari lelaki itu dan ditemuinya sedang mandi dalam sebuah perigi. Ali menariknya keluar dari dalam perigi dan ketika itu didapatinya lelaki itu adalah seorang yang telah dipotong zakarnya (majbub). Maka, Ali r.a tidak jadi bunuhnya sebaliknya pulang mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai hal tersebut.

Matan lengkap hadis tersebut adalah sebagaimana di bawah (riwayat Anas bin Malik):

أنَّ رَجُلًا كانَ يُتَّهَمُ بأُمِّ وَلَدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ، فَقالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ لِعَلِيٍّ: اذْهَبْ فَاضْرِبْ عُنُقَهُ فأتَاهُ عَلِيٌّ فَإِذَا هو في رَكِيٍّ يَتَبَرَّدُ فِيهَا، فَقالَ له عَلِيٌّ: اخْرُجْ، فَنَاوَلَهُ يَدَهُ فأخْرَجَهُ، فَإِذَا هو مَجْبُوبٌ ليسَ له ذَكَرٌ، فَكَفَّ عَلِيٌّ عنْه، ثُمَّ أَتَى النبيَّ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ، فَقالَ: يا رَسُولَ اللهِ، إنَّه لَمَجْبُوبٌ ما له ذَكَرٌ.

Hadis ini adalah antara hadis yang disyubhatkan oleh sesetengah orang. Antara meragui kesahehannya dan ada yang mempertikaikan cara Nabi Muhammad menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik.

Mengulas tentang kemusykilan hadis ini, Imam Ibn Qayyim, menyebutkan dalam Zadul Ma'ad, Jil 5 Ms 16:

Menurut beliau, perintah nabi ke atas Ali agar pergi cari lelaki tersebut dan bunuh dia adalah perintah yang berbentuk ancaman dan bukan atas niat sungguh membunuhnya. Perbandingannya adalah seperti kisah nabi Allah Sulaiman yang mengendalikan kes peebuatn dua ibu atas seorang anak. Nabi sulaiman perintahkan agar anak itu dibelah dua. Bukan sungguh disuruhnya belah dua anak itu tetapi adalah untuk membongkar permasalahan siapa ibu sebenar anak itu.

Ibn Jarir membuat andaian bahawa perintah bunuh yang Rasulullah jatuhkan itu adalah kerana lelaki itu adalah tergolong sebagai kafir Mu'ahad. Dia telah melanggar perjanjian untuk tidak masuk kepada Mariah.Apabila dia masuk juga, maka dia telah langgar perjanjiannya dan sebab itulah dia diperintah bunuh.

Muhammad bin Hazmin dalam kitabnya Al-Isol Fi Fahmil Kitabil Khisol menolak anggapa yang mengatakan Rasulullah SAW memerintahkan bunuh tanpa usul periksa. Hakikatnya Rasulullah SAW tahun sebalik perkara itu.Baginda tahu bahawa apa yang dikatakan orang mengenai hubungan terlarang antara Mariah dan lelaki itu adalah tohmahan balaka. Namun, jika baginda tahu seorang sahaja apalah gunanya jika orang lain mempercayainya. Lalu, Nabi menggunakan kaedah yang sangat tinggi dan tidak terjangkau oleh pemikirna biasa. baginda perintahkan Ali membunuhnya 


Isu di atas pernah saya tulis mengenainya. Sila baca: https://daurah-quran.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...