Gelaran Al-Imam yang kaum Syiah letakkan kepada Saidina Ali membawa maksud yang lain daripada apa yang difahami di kalangan Ahli Sunnah. Imam menurut Ahli Sunnah adalah seseorang yang diikuti dalam agama. Maka, soal keimaman ini bukan khusu buat Al sahaja tetapi ia juga layak buat Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Ustman bin Affan. Ia termasuk juga Ali kerana mereka berempat itu adalah Khulafa' Ar-Rasyidin dan Nabi SAW menyuruh kita mengikut sunnah mereka.
Sabda Nabi SAW:
عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين
" Hendaklah kalian mengikut sunnahku dna sunnah Khalifah Ar-rasyidin sesudahku".
Maka, keimaman itu juga diberikan kepada orang lain selain khalifah yang empat di mana mereka diikuti dalam agama seperti imam-imam dalam Mazhab serta ulama-ulama yang jadi peroman sepanjang sejarah.
Namun, golongan Syiah datang dengan konsep yang berbeza. Imam bagi mereka adalah maksum dan mereka telah senaraikan barisan Imam di sisi mereka yang semuanya maksum menurut mereka. Syiah Imamiyah menyenaraikan 12 imam. Syiah Ismailiyah pula menganggap imam-imam mereka terus ada dan tidak terhitung jumlahnya. Sebahagianb besar adalah mastur (tersembunyi).
Oleh kerana golongan Syiah menjadikan gelaran Imam kepada Ali itu dengan makna ekslusif. Maka kita tidak mengikut jejak mereka. Kita tidak menyebutkan Ali sebagai Imam jika namanya disebut bersama Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Ali digelar sebagai karramalhu wajhah. Itu juga syiar Syiah yang membezakan Ali daripada sahabat-sahabat nabi yang lain.
Padahal antara karramallhu Wajhah dengan Radiyallhu anhu, maka kalimah radhiallahu anhu lagi tinggi darjatnya. Itulah kemuncak pencapaian yang Allah kurniakan kepada orang-orang yang beriman sebagaimana disebutkan dalam hadis tentang firman Allah Allah kepada ahli syurga di akhirat kelak.
إن لكم عليّ أن أحلّ عليكم رضواني فلا أسخط بعده أبدًا
Satu hal yang kerapa berlaku di kalangan Syiah, tatkala mereka dakwa mereka menyanjung Ahluil Bait, sebenarnya yang tersirat di sebaliknya adalah penghinaan dan perlecehan. Inilah kepincnagan yang berlaku bagi golongan yang mencipta bid'ah dalam agama.
Golongan Syiah adalah golongan ahli bid'ah kerana mereka mencipta pelbagai ritual yang tiada kaitan sama sekali dengan sunnah Nabi SAW!
No comments:
Post a Comment