Monday, June 24, 2024

Keafdhalan mukmin akhir zaman

Kelebihan Para Sahabat dijelaskan dalam nas-nas baik Al-Quran maupun hadis.

Dalam hadis ditegaskan sabda Nabi SAW:

لا تسبوا أحدا من أصحابي، فإن أحدكم لو أنفق مثل أحد ذهبا ما أدرك مد أحدهم ولا نصيفه


Dalam Saheh Muslim disebutkan sabda nabi SAW:

خير أمتى القرن الذين يلوني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم يجئ قوم تسبق شهادة أحدهم يمينه ويمينه شهادته

Walaupun ada hadis-hadis yang menyebutkan fadhilat dan keutamaan para sahabat, ada juga hadis yang menyatakan fadhilat dan kelebihan mukmin akhir zaman.


Antaranya ialah hadis dari Abi Tsa'labah Al-Khasyani dan terdapat dalah Saheh Ibn Hibban, Abu Daud dan Tarmizi serta disahehkan oleh Albani bahawa sabda Nabi SAW:

إن من ورائكم أيام الصبر، الصبر فيهن مثل القبض على الجمر، للعامل فيهم مثل أجر خمسين رجلا يعملون مثل عمله، وزادني غيره قال : يا رسول الله ، أجر خمسين منهم ؟ قال : (أجر خمسين منكم).

Antara lain, disebuitkan juga dalam hadis mengenai perumpamaan umat nabi Muhamamd sebagai hujan yang turun, tidak diketahui apakah yang awalnya atau akhirnya yang baik.


Sabda Rasulullah SAW:
مثَلُ أُمَّتي مثَلُ المطَرِ؛ لا يُدْرَى أوَّلُه خيرٌ أمْ آخِرُه.
(Sunan Tarmizi(no 2869), Hadis riwayat Anas bin Malik)

Maka, dalam memahami keafdhalan yang dinayatakan Nabi SAW ini, hendaklah difahami yang ia tidaklah membawa maksud mengatasi para sahabat. Keutamaan para sahabat adalah jelas dan tidak tertanding.


Bila Nabi SAW sebutkan kelebihan pahala sabar orang  mukmin akhir zaman, maka ia bukan bermaksud bahawa orang itu lebih daripada para sahabat dari semua seginya. Maka dari sudut pahala kesabarannya dalam agama , itulah yang lebih dari 50 sahabat.

Lihat bagaimana Ibn hajar menjelaskan maksudnya dalam Fatgul bari:


والجمع بين مختلف الأحاديث في هذا الباب متجه على أن حديث (للعامل منهم أجر خمسين منكم) لا يدل على أفضلية غير الصحابة على الصحابة؛ لان مجرد زيادة الأجر لا يستلزم ثبوت الأفضلية المطلقة، وأيضا فالأجر إنما يقع تفاضله بالنسبة إلى ما يماثله في ذلك العمل فأما ما فاز به من شاهد النبي -صلى الله عليه و سلم- من زيادة فضيلة المشاهدة فلا يعدله فيها أحد فبهذه الطريق يمكن تأويل الأحاديث المتقدمة.



















No comments:

Post a Comment

Kisah Khalid bin Al-Walid minum racun

Kisah Khalid minum racun kerana menyahut cabaran musuhnya dari kalangan orang kafir, masybur diriwayatkan dalam beberapa sumber. Ianya adala...