Maka tidak logik untuk bersandar kepada Furu' untuk mengisthbatkan Usul. Kerana itulah serorang tokoh ulama Syiah menolak pentafsiran ayat 43 Surah Ar-Ra'du di kalangan Syiah Iammiyyah bahawa yang dimaksudnya sebagi "mereka yang ada ilmu tentang kitab" adalah merujuk kepada Ali bin Abi Talib.
Ayat 43 Surah Ar-Ra'du:
وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَسْتَ مُرْسَلًا ۚ قُلْ كَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ
Ketaksuban Syiah kepada Ali bin Abi Talib membuatkan mereka sentiasa melihat ruang untuk menafsirkan ayat yang membawa kepada pengangkatan Ali bin Abi Talib.
Dalam kes ayat di atas, Ali bion Abi Talib adalah murid kepada Rasulullah SAW. Isunya orang kafir menolak kerasulan nabi Muhammad SAW Maka Allah SWT menuruhkan nabi SAW sandarkan pembuktiannya sebagai Rasul itu kepada Allah sebagai saksi.
Kesaksian Allah dimanifestasikan melalui mukjizat dan pertolonganNya memenangngkan Rasulnya.
Selain itu diperintahkan kepada Rasulullah agar menjadikan "mereka yang ada ilmu tentang kitab" sebagai anda pembuktian.
Orang kafir tolak kerasulan Nabi. Apa ertinya Ali buat mereka? Kalau Nabi pun mereka tak percaya, apatah lagi. Kalau ibu tidak diterima, bagaimana anak boleh menjadi bukti???
Itulah persoalannya. Maka menafsirkan ayat dengan Ali bin Abi Talib adalah satu kejanggalan.
Lalu, jika dirujuk kepada Tafsir Ibn Kathir, setelah beliau mendatangkan qaul-qaul ulama tabi'in mengenainya, maka dia menagaskan bahawa penafsiran yang benar adalah Ulama Bani Israil yang tahu tentang Kitab Taurat dan Injil. Dari Kitab mereka, mereka tahu kebenaran Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment