Friday, June 28, 2024

APAKAH AL-WALID BIN UQBAH SEORANG FASIQ?

 Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Dalam kitab-kitab tafsir (rujuk Tafsir Tantawi) dinyatakan riwayat oleh Ibn Abbas bahawa ayat di atas diturunkan berhubung berita palsu yang disampaikan oleh seorang sahabat Nabi SAW yang bernama  Al-Walid bin Uqbah bin Abi Muit. Ia adalah mengenai keengkaran Bani Mustaliq ke atas Nabi Muhammad SAW.

Seorang pemimpin kabilah dari Bani Mustaliq bernama Al-Haris bin Dhirar Al-Khuza'i telah datang bertemu Rasulullah SAW menawarkan peranannya untuk mendakwahi kaumnya kepada Islam dan mengumpulkan zamakt. Lalu dia berjanji dengan Rasulullah, apabila tiba masa penen, Rasulullah akan mengirimkan utusan untuk mengambil zakat. Maka apabila sampai masa panen buahan, Rasulullah tidak mengirimkan urtusan. Lalu disangka bahawa kemurkaan Allah telah turun atas mereka. Dia pun berangkat ke Madinah. Berbetulan pula, Rasulullah telah melantik Al-Walid  sebagai utusannya ke kabilah Bani Mutaliq itu. Berlaku salah faham. Al-Walid sangka Al-Harith hendak menyerangnya, maka dia balik ke Madinah beritahu Rasulullah. Rasulullah marah dan bentuk pasukan menuju ke Bani Mustaliq. Mereka bertemu dengan Al-Harith di prjalanan dan Al-Haroth bertanya arah pasukan itu. Alangkah terkejutnya apabila diberitahu pasukan itu adalah untuk membuat perhitungan dengannya. Dia segera masuk Madinah dan bertemu dengan Rasulullah SAW.


Baca: https://www.islamweb.net/


Maka , ayat ini difahami secara tersirat bahawa Al-Walid bin Uqbah bin Abi Muit itu adalah seorang fasiq. Inilah sangkaan bagi sesiapa yang membaca kisah sebab turunnya ayat ini. 


Namun, Imam Ar-Razi dalam tafsirnya mengulas bahawa ayat ini adalah bersifat umum dan Al-Walid tidak boleh disifatkan sebagai fasiq berdasarkan ayat ini. Al-Walid telah tersilap dalam sangkaan dan orang yang silap tidak boleh dikatakan fasiq. Dia bukan sengaja berdusta kepada Rasulullah SAW. 

Sesiapa yang menyangka satu perkara, maka dia tidak boleh dikatakan berdusta. Ini satu kaedah!.

(Samalah....kalau aa orang sangka satu hadis itu saheh, dia tidak boleh dikatakan berdusta ke atas rasulullah jika hadis itu sebenarnya palsu. Juga, seorang yangs angka cerita yang didongengkannya benar, maka tuidaklah dia dipanggil kazzab dengan pendongengannya itu.)


Pendirian ahli sunnah mengenai para sahabat nabi SAW, mereka adalah adil. Dalam masa yang sama bukan bererti mereka tidak berdosa. Mereka adalah kalangan yang telah diampunkan dengan sebab-sebab keutamaan mereka sebagai pendahulu Islam. Kesalahan mereka lebih ditama disyafaat oleh Nabi SAW bebanding ornag kemudian. Tambahan pula amal taat mereka pahalanya berlipatganda berbanding ornag kemduian. Secupak kurma yan g mereka infaqkan, lebih besar nilanya daripada segunung emas sebesar Uhud yang diinfaqkkan orang terkemudian.


Sifat adil para sahabat boleh ada bersama sifat tidak maksum.


Janganlah mentang-mentang ayat ini diturunkan berkaitan kejadian yang belaku dalam kisah Al-Wlaid bin Uqbah  dan Bani Mustaliq, maka dia dituduh sebagai fasiq. Cara faham Al-Quran sedemikian adalah salah. Kalau nak faham begitu, bagaimana dengan banyak ayat Quran yang dikhitabkan kepada nabi, menyuruh nabi minta ampun. Apakah boleh difahamkan bahawa Nabi SAW berdosa lalu kena minta ampun?


Lihat satu ayat ytang dikhitabkan kepada nabi SAW berhubung asbab nuzulnya. Firman Allah SWT:

يا أيُّها النبيُّ لم تُحَرِّم مَا أَحَلَّ اللهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاةَ أَزْواجِكَ 



Kalau nak difahamkan denagn gaya faham ayat fasiq itu, maka ayat di atas boleh difahamkan bahawa Nabi SAW telah mengharamkan apa yang Allah halalkan dna perbuatan itu adalah dosa besar. membuat syariat sendiri. Mana boleh seseornag mengharamkan yang halal dan demikian sebaliknya. Hanya Allah sahaja yang ada wewenang sedemikian. Bolehkah kita katakan Nabi SAW telah melakukan jenayah tersebut sednagkan baginda maksum. Baginda melakukan sesiatu bukan atas hawa nafsu.


Maka, renung dan fahami baik-baik bagaimana kita perlu fahami ayat-ayat yang truun dengan sebab-sebab tertentu.


Tambahan:

Dari sudut Nasab, Al-Walid bin Uqabah bin Abi Muit bin bin Abi Amru bin Umayyah bin Abdus Syams bin Abdul Manaf b in Qusai.Dikinayahkan dengan nama Abu Wahab.

Ibu Al-Walid bernama Arwa binti Kuraiz bin Rabi'ah bin Habib bin Abdus Syams bin Abdul Manaf

Mulanya Arwa berkahwin dengan Affan bin Abi Al-As bin Umayyah lalu lahir dua anak bernama Uthman (Sahabat besar Nabi) dan Aminah. Setelah itu, Arwa berkahwin pula dengan Uqbah bin Abi Muit lalu dapat anak-anaknya yang lain iaitu Al-Walid, Ammarah, Khalid, Ummu Kalsum, Ummu Hakim dan Hindun.

Maka, disimpulkan bahawa Al-Walid itu justeru merupakan saudara seibu kepada Saidina Uthman bin Affan.

Pada masa khilafah Uthman bin Affan, Al-Walid bin Uqbah ini telah dilantik jadi gabenor di Kufah. Demikian juga,  Saidina Uthman juga yelah melantik Abdullah bin Abi As-Sarh , orang yang pernah dihalalkan darahnya oleh Nabi SAW, menjadi gabenor di Mesir. Isu perlantikan gabenor yang tidak layak ini menjadi salah satu sebab yang memancing api fitnah bernyala dihujung pemerintahannya.

Allahul musta'an....para sahabat adalah insan mulia.

Kesilapan mereka, jika berlaku, itu lumrah dan tidak menjatuhkan keutamaan mereka dalam agama Islam.

Ada pula riwayat yang menyebutkan bahawa Al-Walid bin Uqbah itu peminum arak. Ia dinukilkan dalam Tarikhul Islam oleh Imam Az-Zahabi (Jil 2, ms 380). 

Dalam Saheh Bukhari (Kitab Fadhail As-Sahabah: No Hadis 3696) dan juga Saheh  Muslim (no: 1707) disebutkan mengenai Saidina Uthman , pada masanya, telah menjatuhkan hukuman hudud atas Al-Walid kerana minum arak.. Kisah dia mabuk dan solat subuh 4 rakaat masyhur dan ada dalam Saheh Muslim.

Menaggapi riwayat-riwayat sedemikian, kita menerima apa adanya. Namun, ia bukan bermakna kita boleh mencela mereka. Walaupun kita melihat kesalahan minum arak itu besar dan gharib bagi para sahabat, mungkin kita boleh memaafkan. Pertama, Uqbah adalah sahabat kecil . Kedua, hukuman hadi telah dijatuhkan. Ketiga , generasi sahabat adalah generasi perlaihan dari jahiliyah kepada Islam. Maka jika ada kekurangan dalam agama, itu biasa. 

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...