Wednesday, July 3, 2024

Kisah Khalid bin Al-Walid minum racun

Kisah Khalid minum racun kerana menyahut cabaran musuhnya dari kalangan orang kafir, masybur diriwayatkan dalam beberapa sumber. Ianya adalah kejadian ketika Khalid bin Al-Walid memimpin pasukan mujahidin Islam menyerang daerah-daerah yang sebelumnya di bawah kekuasaan Parsi.

Sumber-sumber cerita tersebut antara lain adalah seperti berikut:


Imam Ahmad menyebutkannya dalam Fadahail As-Sahabah,

At-Tobrani menyebutkannya dalam Mu'jam Al-Kabir.

Al-Asfahani dalam Ma'rifatus Sahabah.

Ibn Syaibah dalam Musnafnya.

Al-Lalaka-i menyebtkannnya dalam Karamatul Auliya

Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq

Ia juga dinukilkan oleh Imam Az-Zahabi dan Imam Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Al-Furqan Baina Auliya-u Arrahman Wa -Auliya-u As-Syaitan dan mentahqiqkannya sebagai sanad hasan lighairih.


Disebutkan kisahnya dalam Tarikh Damsyiq dengan cerita yang agak terperinci. Bahawa Khalid bin Al-Walid, setelah selesai mengamankan Yamamah (pada masa kekhilafahan Abu Bakar As-Siddiq), maka dia pergi pula ke Jur'ah iaitu satu kota yang terletak antara Hirah dengan Sungai. Penduduk Herah berkubu dalam Kota Putih mereka dan juga Kota Ibn Baqilah. Mereka melemparkan kepada pasukan Muslimin dengan batu batan hingga habislah batu-batu mereka. Lalu dilanjutkan pula dengan melemparkan bekas-bekas makanan dan minuman mereka. Maka Dhirar bin Al-Azwar mencadangkan kepada Khalid untuk menawarkan kepada pemimpin mereka menghantar orang yang bijaksana di kalangan mereka untuk berbincnag. Maka, penduduk kota itu ppun mengirimkan seorang yang bernama Abdul Masih bin Amru bin Qais bin Hayyan bin Baqilah Al-Ghassani. Lelaki itu pada ketika itu sudah berumur 350 tahun. Dia datang kepada Khalid dan di tangannya ada sebotol racun yang mematikan sertamerta . Khalid bertanya apa itu dna dia mengatakan racun yang mematikan. Dia bawa bersama kerana jika dia melihat sesuatu yang tidak menyenangkan , dia akan minum dan tidak melihat kemusnahan kaumnya. Khalid memintanya dan beliau pun meminumnya. Setelah meminum racun itu, Khalid tidak jadi apa-apa. Maka Abdul Masih itu pulang kepada kaumnya mengkabarkan bahawa dia datang kepada para syaitan yang minum racun pun tak mati Maka dia cadangkan berdamailah dengan mereka. Maka perdamaian pun dibuat dengan jizyah sebanyak 100 ribu.

 

Baca: Islamweb


No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...