Friday, July 5, 2024

Amalan selepas solat

Ikut sunnah, selepas selesai salam, imam akan kekal menghadap ke ara kiblat sekadar menyebut "Astaghfirullah" tiga kali dan kemudiannya menyebut " Allahumma antassalam wa minkas salam, tabarakta ya zaaljali wal ikram".Kemudian imam mengubah kedudukannya menghadap ke arah makmum dan menyebutkan zikir-zikir. 

Perkatra itu dinayatakan dalam hadis Saheh Muslim, riwayat A'isyah r.a.

Zikir- zikir yang Nabi SAW bacakan ketika itu antaranya ialah:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير، 

لا حول ولا قوة إلا بالله، لا إله إلا الله، ولا نعبد إلا إياه، له النعمة وله الفضل وله الثناء الحسن، لا إله إلا الله مخلصين له الدين ولو كره الكافرون، 

اللهم لا مانع لما أعطيت، ولا معطي لما منعت، ولا ينفع ذا الجد منك الجد

Imam dan makmum  boleh membaca mana-mana zikir yang warad secara saheh daripada Nabi SAW sebagai amalan selepas solat. Tidak semestinya ikut urutan. Zikir Subhanalah Alhamdulillah, Allahu akbar masong-masing 33 kali adalah amalan sunnah. Ia dilengkapkan jadio 100 dengan ucapan :


لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير

Jika dibaca :
سبحان الله والحمد لله

66 kakli dan dilanjut dengan bacaan " Allahu akbar"  sebanyak 34 kali menjadikannya 100 kali, itu juga ada dalam sunnah.

Maka carilahlah dalam kita-kitab azkar yang saheh apa yang hendak anda amalkan seelpas solat fardhu anda . Berpadalah dengan ittuiba' dan jahilah bid'ah iaitu rekaan dalam amalan yang dibuat orang.



No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...