Wednesday, July 10, 2024

KALAU BENAR KALIAN MENCINTAI AHLIL BAIT!

 Apa sebab Kaum Syiah mentaqdiskan Hussain bin Ali dan melupakan Hasan bin Ali? Padahal kedua-duanya adalah anak Fatimah binti Rasulillah hasil perkahwinannya dengan Ali bin Abi Talib. Maka, jika benar dakwaan mereka sebagai mencintai Ahlul Bait Nabi SAW, maka tidaklah wajar Hasan dilupakan, kerana Hasan juga Ahlul Bait Nabi SAW. Mengapa hanya Hussain yang mereka sebut namanya dalam ratapan mereka dan dalam tawassul mereka? 

Wahai orang yang berakal....mari kita fikirkan sejenak, apakah rahsia di sebalik kelompongan ini???

Jawapan mudah bagi persoalan di atas adalah terangkum dalam faktor perkahwinan Hussain dengan puteri Raja Parsi yang bernama Syah Zinan atau duisebut juga Syahar Banu.Kerana kaum Syiah hari ini, yang berkuasa di Irah adalah dari keturunan Parsi , mereka ada sentimen kebangsaan mereka. Kerana anak-anak Husain yang diangkat jadi imam itu dari rahim puteri Parsi, maka mereka menyanjungnya.  mereka berlindung di balik hujah Cinta Ahlul Bait. Padahal, sebenarnya mereka mencintai Majusi! Sejarahnya, raja-rajanya dan negaranya.

Itulah sebab kenapa mereka mengkultuskan Hussain dan tidak kepada Hasan.

Maka Ali Zainal Abidin yang beribukan Syaharbanu itu adalah cucu kepada Yazdajerd . Ali Zainal Abidin itulah yang mereka namakan Ali As-Sajjad dan diangkat sebaggai imam ke-3 dalam senarai 12 Imam mereka.  Itulah sebabnya!

kaum Syiah menjadikan ziarah kubur Hussain sebagai ritual ibadat yang punya kelebihan khusus. Diampunkan dosa dan mendapat tempat di syurga. Kubur Hussain dan bukan kubur Hasan!


Baca: https://altanwer.com/


No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...