Saturday, July 6, 2024

JENIS-JENIS ULAMA

Orang yang disebut ulama itu, boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Kalau mengikut apa yang diistilahkan oleh Syeikh Othaimin dalam kitabnya , Syarh Al-Mumti' (jil 9, ms 293), ulama itu terbahagi kepad a3 golongan:


1) Ulama Daulah
2) Ulama Ummah
3) Ulama Millah


Ulama Daulah adalah ulama yang membela kerajaan, mencari dalil  untuk pertahankan kerajaan Dia akan berfatwa untuk menjadikan kerajaan yang berkuasa meredhainya. Lalu kerajaan berikan dia jawatan besar dalam pemerintahan seperti jawatan mufti, hakim besar dan sebagainya. Ulama yang seperti ini banyak contoh di masa  lalu dan terus ada hingga kini. Bukan salah menjawat jawatan dalam kerajaan. Apa yang salah ialah membutakan mata atas kezaliman dan kesalahan pemerintah. Apatah lagi memutarbelitkan nas untuk jadi dalil menyokong pemerintah. Ulama seperti ini juga disebut sebagai ULAMA SULTAN.

Ulama Ummah pula ialah ulama yang sentiasa mengikut arus perdana. Apa yang rakyat mahu, itulah yang akan diikutinya. Dia membela rakyat dan dia mencari suara ramai dalam pandangan agamanya. Apa yang ornag ramai mahu dan lakukan, itulah yang dipertahankan. Dia cari dalil-dali untuk bela amalan orang ramai, tak krialah ia bid'ahs ekalipun. Dia takut untuk menyongsang majoriti kerana bimbang hilang penghormatan masuarakat. Samada diam atau menyokong , itulah pilihan yang ada. Ulama seperti ini pun banyak. Dialah khalifah dalam upacara adat istiadat masyarakat. Dia membela amalan adat yang bertentangan dengan agma sekalipun. Amalan yang tiada sandaran dalam agama juga dibelanya. Asalkan masyarakat suka, dia akan buat. Dia bukan mahu membela Sunnah nabi SAW.Jika masyarakat suka perkara itu sedangkan dalil melaranghnya,  dia akan kata perkara itu khilaf dan boleh diamalkan.

Dua jenis ulama di atas adalah golongan yang menjual agamanya demi dunia. Mereka bukan ulama yang perlu diikuti. Mereka merugikan diri sendiri dan mereka memberi bahaya kepada agama yang diwariskan Nabi SAW. Mereka adalah seperti para ahbar Yahudi yang dicela Allah SWT. Rugi besar buat mereka di akhirat andainya berteruskan hal sedemikiansampai mati dan tidak bertaubat.

Mereka adalah sepertimana yang disabdakan nabi SAW:

إن أخوف ما أخاف على أمتي كل منافق عليم اللسان.


" Sesungguhnya yang paling aku takut atas ummatku ialah wujudnya munafik yang alim lidahnya"
(Hadis Riwayat Ahmad-disahehkan oleh Al-Bani)


Saidina Umar Al-Khattab diriwayatkan berkata:

يهدم الإسلام زلة العالم، وجدال المنافق بالكتاب، وحكم الأئمة المضلين

Islam itu runtuh gara-gara orang alim yang tergelincir, munafiq yang sukan berhujjah dengan AL-Quran dan pemerintahan pemimpin yang sesat"
(Riwayat Ad-Darimi)


Ulama Millah pula adalah ulama yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan hadis serta tidak peduli siapapun asalkan kebenaran. Dia akan berfatwa sesuai dengan dalil sekalipun tidak disukai pemerintah atau orang awam. Dia berbicara dengan haq walau pun pahit. Ulama jenis ini sedikit dan merekalah safwah pada setiap zaman. Ulama inilah seharusnya jadi panutan. Merekalah pewaris para nabi. 

Perhatikan baik-baik....siapakan ulama Millah yang ada di zaman anda!

Ikutilah dia. Ambilah perkataannya dan dia layak jadi tauladan anda...














No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...