Abu Al-Hasan Al-Asy'ari itu lahir tahun 260H dan meninggalnya pula tahun 324H. Masa dia lahir, ayahnya sudah meninggal. Ibunya berkahwin semula. Suaminya yang kedua itu ialah Abu Ali Al-Jubba-i yang merupakah seorang toloh ulama Muktazliah pada masa itu. Maka, Abu Al-Hasan Asy'ri membesar di bawah asuhan dan didikan bapa tirinya itu. Oleh itu dia terdedah kepada pemikiran muktazliah pada awalnya.
Hinggalah akhirnya dia berlepas diri dari mazhab Muktazilah pada usia menjelang 40 tahun. Kemudian, beliau menjadikan Mazhab Ibn Kullab (Abdullah bin Said bin Kullab-Meninggal: 243H) sebagai ikutannya. Mazhab Ibn Kullab menyamai Mazhab Ahlul Sunnah dalam banyak perkara, sungguh pun berbeza dalam beberapa perkara. Imam Ahmad sangat menentang mazhab Ibn Kullab ini.Hal itu disebutkan oleh Imam Ibn Khuzaimahdan boleh dilihat catatan mengenainya dalam Siyar A'lam (Jil 14 ms 380). Maka , diriwayatkan bahawa Imam Ahmad
Namun ,dia kemudiannya meninggalkan Mazhab itu dan mengambil Mazhab Ibn Hambal. Dalam fasa inilah munculnya kitab karyanya yang dinamakan Al-Ibanah Fi Usuliddayanah
Oleh Kalangan Asya'irah, kitab tersebut dianggap sebagai palsu.
Namun, soal apakah Imam Abu Hasan As'yari kekal atas mazhab Ibn Kullab hingga akhir hayatnya atau meninggalkannya dan menurut mazhab Imam Ahmad bin Hambal, ia menjadi perdebatan kalangan ulama. Sebahagian ulama mengatakan bahawa Mazhab Ibn Kullab adalah pegangannya yang terakhir . Pandangan ini dikemukakan oleh Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan yang senagkatan dengan mereka.
Sementara pandangan lain mengatakan telah berlaku 'Taraju' ' oleh Imam Abul Hasan Asy-'ari dari Mazhab Ibn Kullab itu. Antara yang mengatakan sedemikian adalah Al-hafiz Ibn Katsir.
IbnTaimiyyah berkomentar mengatakan bahawa Abu Hasan Al-Asy-'ari lebih dekat kepada mazhab Imam Ahmad bin Hambal berbanding beberapa kalangan yang mengaku sebagai Hambali , tetapi condong kepada beberapa kalam Muktazilah seperti Ibn Aqil, Sodaqah bin Al-Hussain dan Ibn Al-Jauzi serta beberapayang lain seperti mereka.
Sepertimana Imam Syafie ada Qaul Qadim dan Qaul Jadid, maka demikian juga halnya dengan ImamAbu Al-Hasan Al-Asy'ari. Qaul Qadimnya adalah rembesan dari mazhab Muktazilah. Qaul Jadidnya adalah apa yang menjadi pegangannya pada harimatinya. Namun, kewujudandua Qaul ini telah menimbulkan kekeliruan bagi pengikut Mazhab Asy'ari. Ramai yang mengaku Asy'ari masih terbawa-bawa dengan Qaul Qadimnya.
Baca Ulasan:Dorar
No comments:
Post a Comment