Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Showing posts with label Iktibar. Show all posts

Thursday, April 20, 2023

Apa ada dalam lubang biawak?

Biawak binatang yang buat lubang dalam tanah. Lubang biawak  tiada lubang keluar kecuali pintu masuknya. Kalau musuh menunggu di lubang masuk, bagaimana biawak mahu keluar semula? Maka terperangkaplah biawak dalam lubangnya. Dalam lubang itu, biawak berak dan biawak tidur. Kotorlah lubangnya. Busuklah lubangnya.

Bodoh juga biawak ini. Kenapa buat lubang untuk masuk dan tinggal di dalamnya lalu tiada luabang keluar lain?

Lubang biawak itulah yang ditamsilkan oleh nabi SAW dalam sebuah hadis riwayat Abu Sa'id Al-Khudri yang berbunyi:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُم شِبْرًا بشبْر، وذراعًا بذراع، حتَّى لو سَلَكُوا جُحْر ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ؛ قلنا: يا رسول الله؛ اليهودُ والنَّصارى؟ قال النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم: فَمَن؟!

 رواه الشيخان

Lubang biawak itu umpamanya sunnah Yahudi dan Nasrani. Siapa masuk dalam kebiasaan dan sunnah  dua kelompok itu, dia umpama masuk lubang biawak. Kotornya sunnah Yahudi dan Nasrani umpama kekotoran lubang biawak. Perangkap jalan mati dalam sunnah Yahudi dan Nasrani itu umpama lubang biawak.Kebodohan orang yang mengambil tradisi Yahudi dan Nasrani itu umpawa kebodohan biawak. Perangai biawak yang suka menggali cacing di sana sini, itu peranagi penganut fikrah Yahudi dan Nasrani. Biawak yang lidahnya bercabang itu umpama mereka yang memuja dan menyanjung budaya Yahudi dan Nasrani.

Friday, January 6, 2023

Rahmat di sebalik Nakbah

 Serangan Mogol ke atas wilayah Islam adalah satu nakbah yang amat dasyat dan membakar serta meranapkan. Runtuh pemerintahan khilafah Abbasiyyah yang bertahta di Baghdad.

Namun, bersama serangan Hulagu Khan yang memimpin pasukannya, tersungkurlah puak Hasyasyin dan Ismailiyyah yang menjadi duri dalam daging pemerintahan Islam dan khilafah Abbasiyyah sendiri tidak mampu menghapuskannya. 

Di tangan puak Hasyasyin itu telah jatuh korban yang banyak dari kalangan tokoh-tokoh. Nizamul Muluk At-Tusi, menteri terhebat kerajaan Saljuk, pun mati dibunuh oleh antek-antek Hasyasyin. Dikatakan, Salehuddin Al-Ayyubi juga nyaris jadi mangsa Hasyasyin ini.

Tapi, masuknya Mogol. Hasyasyin tidak boleh hidup.

Ia sepert virus wabak penyakit. Kalau terjadi perang di satu tempat, wabak pun hilang. Wabak dan perang tidak boleh bersama di satu tempat.!

Tuesday, December 20, 2022

LIKU-LIKU HITAM DUNIA POLITIK

Sesiapa yang memerhati watak-watak yang mementaskan drama politik dan siasah sepanjang sejarah, akan dapat mengambil satu kesimpulan bahawa para aktor politik adalah mereka yang paling banyak berdansa dengan perbuatan dosa.  Ada penipuan, kezaliman, khianat, putus silaturrahim, ketamakan, pecah amanah, penindasan, takabbur, merampas hak orang, lupakan jasa dan budi, lupakan akhirat dan sibu dengan dunia. Tidak hairan, kenapa baginda Rasulullah memperingatkan kepada Abu Zar, sahabatnya tatkala dia meminta kepada nabi jawataan kepimpinan dalam satu urusan. 

Sabda nabi SAW:

يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّكَ ضَعِيفٌ، وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ، وَإِنَّهَا يَوْمَ القِيَامَةِ خِزيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيهِ فِيهَ

" Wahai Abu Zar, sesungguhnya engka seorang yang lemah. Kepimpina n itu amanah. Pada hari kiamat ia akan menjadi sumber kehinaan dan penyesalan. Kecuali mereka yang mengambil kepimpinan itu secara HAQ dan menunaikan kewajipan kepimpinan itu".
(Hadis Saheh Muslim)

Politik dan siasah adalah wahana menggapai kepimpinan. Kepimpinan itu kuasa. Kuasa itu sering buat manusia lupa dan melampau. 

Kita akan mendapati banyak sekali ornag baik bertukar menjadi jahat. Menjadi buas dan tega. Sanggup menzalimi dan bahkan membunuh demi permainan politik. 

Pernahkah kalian dengar apa yang dinaqalkan mengenai perkataan Khalifah Abdul Malik bin Marwan apabila sampai kepadanya bahawa dia dipilih keluarga Bani Umayyah untuk menjadi khalifah Bani Uamyyah? Ketika itu dia berada di Madinah dalam majlis ilmu bersama para pencinta ilmu. Dia adalah salah seorang Fuqahaa Madinah yang namanya dibariskan bersama Sa'id bin Al-Musayyab, Urwah bin Zubair dan Qubaisah bin Zuaib.

Ibn A'isyah meriwayatkan (Sebagaimana disebutkan dalam Siyar A'lam An-Nubalaa):

Ketika sampai urusan perlantikan khalifah kepada Abdul Malik, sedangkan mashaf Quran adalah di tangannya, dia pun menutup mashaf itu dan berkata:

هذا آخر العهد بك

" Inilah kesudahan janji setia aku denganmu".


Sesungguhnya politik dan siasah telah memakan korban yang banyak. Baca sahaja kisah bagaimana Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur menghadapi pesaing-pesaing politiknya. Mereka adalah orang yang berjasa dalam menumbangkan dinasti Bani Umayyah dan melakar jalan untuk bangkitnya Pemerintahan Khilafah Bani Abbasiyyah. Abdullah bin Ali, pakciknya sendiri menjadi musuhnya dan dikalahkan dengan kelicikan politiknya. Abu Muslim Al-Khurasani, jenderal tentera yang berjasa memebela Bani Ababsiyyah akhirnya dibunuh oleh Abu Ja'far dengan tipudayanya. Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah digugat hingga bangkit memberontak melawannya dan akhirnya mati dibunuh, sedangkan Bani Abbasiyyah dan banu Umayyah itu adalah keturunan yang sama dari Abdul Manaf bin Qusai.

Itulah natijah sebuah persaingan politik.

Lebih jauh ke belakang, riwayat sejarah mencatatkan bahawa pada zaman Khilafah Othmaniyyah, demi kelangsungan politik, para khalifahnya sanggup membunuh adik beradik dan ia menjadi satu aturan yang diterimapakai dalam negara. Perbuatan yang disitilahkan sebagai FRATRICIDE itu berlangsung dalam tempo beberapa khalifah. Ia berawal daripada persaingan antara Osman bin Urtughul dengan pakciknya Dundar yang mana akhirnyanya Dundar dibunuh oleh Osman atas alasan khianatnya Dundar dan bersekongkol dengan Raja Byzantin yang Kristian untuk membunuh Osman bin Urtughul.

Kemudian, Sultan Murad I bin Urkhan, khalifah ketiga Daulah Othmaniyyah membunuh anaknya sendiri yang bernama Sauci kerana khianat dan berpihak kepada raja Byzantinز

Kemudiannya, semasa Sultan Murad II ( Bapa kepada Muhammad Al-Fatih) pula, dia membunuh pakciknya Mutafa bin Bayazid kerana persekongkolannya dengan Emperor Imanuel II dari Byzantin untuk menyerang kerajaan Othmaniyyah.Khianatnya kepada Othmaniyyah ialah apabila dengan dibekalkan senjata oleh emperor itu dan menawan Semenjanjung Gallipoli dan menyebabkan Sultan Murad II memimpin pasukan tentera mengalahkannya dan kemudian menjatuhkan hukuman buinuh ke atasnya.

Menela'ah sejarah Othmaniyyah akan membawa anda menelurusi kisah hitam dunia politik yang tidak terjangkau oleh fikiran anda sebagai orang biasa yang tidak mengenal liku-liku politik.

Hinggalah ke zaman Erdogan menjadi presiden Turki. Seorang pendakwah tersohor yang telah berjaya membina rangkaian sekolah agama di Turki dan seluruh dunia, Gulen, bergeser dan bermusuhan. Hampir jadi puncanya tumbangnya pemerintahan Erdorgan dan membawa kuasa tentera kembali menentukan hala tuju Turki. Hanya, kepantasan Erdorgan dan sokongan rakyat yang menghentikan ftnah Gulen.


Pelajarilah kerajaan-kerajaan yang muncul dalam sejarah Islam, anda akan temui kemungkaran politik yang beragam. Hal yang serupa akan anda temui dalam sejarah Eropah, India, Cina dan di manapun juga. 

Politik adalah sebuah lembah berdarah, kabusnya sangat tebal dan ngauman rimbanya sangat menyeramkan.

Kalau anda memilih politik sebagai medan anda, bersedialah untuk semua itu. Hadapilah dengan yakin dan telanlah segala kepahitannya!





Friday, December 9, 2022

KEKAYAAN SERTA MERTA AKAN MEMBUNUHMU

Siapa yang tak mahu kaya? rata-rata orang jika ditawarkan kekayaan, pasti dia mahu. Mungkin ada segelintir yang menolak kekayaan. Itu sangat nadir!

Namun, kekayaan hendaklah dicapai secara perlahan-lahan. Dengan kata lain, jangan jadi kaya mendadak. Kaya mendadak itu memudaratkan diri. Bahkan boleh membunuh diri sendiri. 

Ianya seperti makan. Kalau makan, biarlah semulut demi semulut.  Demikian juga minum. Biarlah seteguk demi seteguk. Makan dengan jumlah yang banyak sekaligus atau minum setempayan sekaligus, boleh membunuh diri. Kalau melangkah ke satu tempat, biar setepak demi setapak. Orang melayu berpepatah. Biar lambat asal selamat. Kecepatan selalu mengundang bahaya. Naik kereta laju-laju, akibatnya kemalangan. Kalau melangkah, jangan gopoh. Takut terpeleset dan jatuh.

Demikian pula kalau orang mendaki gunung. Orang naik perlahan-lahan. Tak payah melompat sana sini. takut nanti jatuh terguling masuk jurang. Mati.

Macam tulah kekayaan. Nak kaya, kerja sikit-sikit. Dapat duit, kumpul, jana dan kembangkan. Lama-lama kayalah. Kalau jumpa harta karun berkoyan-koyan lalu jadi kaya tiba-tiba, boleh mati di buatnya.  Mungkin mati sebab terkejut lantaran kena heart attack. Mungkin juga buat orang rasa heran. Termasuk para penyamun dan perompak. Orang dengki pun ramai. Tuduhan dan fitnah pun datang berjela-jela. Ramai pula berebut mengakui empunya harta itu. Bergaduh dan mungkin mati.

Macam khabar Nabi SAW dalam hadis tentang tanda akhir zaman. Tiba-tiba aja ada gunung emas muncul dari dasar sungai Furat. Manusia berebut. 100 orang terlibat, semua mati tak sempat merasakan harta itu, kecuali seorang. Kalau dah seorang, nak buat apa segunung emas pun?

Ada satu kisah pengajaran. Kisah berlaku di zaman pemerintahan Ahmad bin Tulun, pengasas kerajaan Tuluniyyah yang berdiri di Mesir antara tahun 254H hingga 292H.

Satu hari Ahmad bin Tulun itu berperahu menyusur sungai Nil bersama seorang khadamnya yang bernama Nasim. Mereka singgah di satu pantai sungai Nil dan melihat ada seorang tua yang miskin dengan pakaian compang camping bersama seorang kanak-kanak yang sama compang camping sepertinya. Mereka sedang menebar jala. Ahmad bin Tulun rasa kasihan melihat mereka. Lalu, diperintahkan khadamnya agar mengeluarkan 20 dinar dan diberikan kepada nelayan tua yang miskin itu. Dia dan khadamnya pun berlalu setelah diberikan 20 dinar itu. Dalam perjalanan balik, mereka lihat orang tua itu tergeletak atas tanah dan kanak-kanak yang bersamanya sedang menangisinya. Ahmad bin Tulun kehairanan. Sangkanya seseorang telah merompaknya dan membunuhnya dan mengamnbil harta yang diberikan oleh khadamnya tadi. Lalu dia bertanya kanak-kanak itu apa yang telah berlaku. Kanak-kanak itu menceritakan bahawa ayahnya itu menerima wang dinar dan kemudian dia duduk membelek wang dinar itu sehingga tiba-tiba dia jatuh pengsan dan mati. Ahmad bin Tulun menyuruh agar diperiksa badan orang tua itu dan memang didapati ada dinar emas bersamanya. Ahmad bin Tulun mahu memberikan dinar itu kepada kanak-kanak itu, tetapi dia menolaknya. Katamnya:

" Aku takut ia membunuhku sepertimana ia telah membunuh ayahku!".

Kata Ahmad bin Tulun:

"Benar...kekayaan itu perlu beransur-ansur, jika tidak ia akan membunuh tuannya!".

Thursday, December 8, 2022

SIAPA GALI LUBANG UNTUK JATUHKAN ORANG, SATU MASA DIA SENDIRI AKAN JATUH KE DALAMNYA.

Tipu daya dibalas tipu daya. Satu orang yang yang cuba menjerumuskan seorang yang lain ke dalam perangkap permainannya, pada satu ketika nanti, perangkap itu akan memakan diri. Al-Quran menyebutkan:

وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ

"Tipu daya jahat tidak akan menjerumuskan melainkan pemain tipu daya jahat itu sendiri".

(Surah Fatiir: 43)

Pepatah Arab ada menyebut:


من حفر حفرة لأخيه وقع فيها

Siapa gali lubang buat saudaranya, dia yang jatuh ke dalamnya.

Pepatah Arab ini berasal dari kisah dua orang saudara. Satu kaya dan satu lagi miskin serta buta. Saudara yang kaya itu  tinggal di sebuah rumah besar lengkap dengan khadam dan rumahnya jadi tempat berkumpul rakan-rakan perniagaannya. Saudaranya yang miskin pula acap berkunjung ke rumah saudaranya yang kaya itu atas alasan menjenguk dan berkasih sayang dengan saudaranya yang kaya itu. Namun, saudara yang kaya tidak suka dan mencari jalan bagaimana membebaskan dirinya daripada saudaranya yang miskin dan buta itu. Maka di suruhnya khadamnya gali satu lubang di laluan saudaranya yang miskin itu dengan perintah kalau saudaranya jatuh ke dalam lubang itu, hendaklah segera ditimbus. 

Malangnya, di satu subuh yang gelap, saudara yang kaya itu bangun dan lupa rancangan jahatnya tentang lubang itu. Dia sendiri lalu di jalan yang ada lubang itu dan terjatuh ke dalamnya. Sang khadamnya pun menimbusnya dan lenyaplah dia mati tertimbus. Esoknya, bila saudaranya yang miskin dan buta itu datang, alangkah terkejutnya sang khadam. Rupanya tuannya yang ditimbusnya.  Maka diuangkapkanlah permpamaan ini oleh orang Arab mengingatkan tragedi itu. 

Ada satu kisah yang mengesankan. Seorang suami telah tersilap memukul isterinya hingga mati. Dia cemas memikirkan bagaimana nak selamatkan dirinya kelak bila adim beradik isterinya tahu. Lalu, dia pergi minta nasihat kepada seorang yang banyak akalnya. Orang Arab sebut, orang yang panjang akal, banyak buah fikiran, dan pintar itu  sebagai "dahaa". Maka sang dahaa itu pun bagi idea. Disuruhnya suami yang malang itu ajak seornag pemuda belia yang kacak masuk ke dalam rumahnya dan bunuhlah dia. Kemudian, bila saudara mara isterinya datang, ceritakanlah kepada mereka bahawa isterinya itu didapati berzina dengan pemuda itu dan sebab itu dia membunuhnya. Maka suami malang itu pun lakukanlah idea yang penuh makar dan jahat itu.

Tahu apa yang terjadi? Seorang pemuda malang yang lalu di depan rumahnya dijemput masuk dan dipujuk dengan layanan itu ini. Akhirnya dibunuh oleh suami itu ketika sudah dalam rumahnya. Kemudian mayatnya dan isterinya diletakkan bergandingan. Lalu dijemput saudara mara isterinya datang dan beritahu mereka bahawa isterinya mati kerana berzina dengan pemuda itu. Dimintanya agar mayat isterinya itu dikebumikan secepatnya sebelum orang tahu dan mereka malu kerananya.

Maka adapun sang dahaa itu rupanya ada anak lelaki. Sudah beberapa hari tak pulang rumah, dia pun cari sana sini tak jumpa. Pendek cerita, akhirnya dia tahu bahawa anak lelakinya itulah yang jadi mangsa dibunuh suami yang datang minta akalnya. Lihat, sang pembekal akal jahat akhirnya dapat akibatnya!


Jangan cuba menganiaya orang, nanti kelak diri sendiri yang kena. Jangan asyik kata orang itu ini, nanti kelak, terpaksa menjilat ludah.

Dalam politik, para pesaing selalu bermusuh. Macam-macam lebel dan tuduhan yang dilontarkan. Politikus sebelah sini tuduh politikus sebelah sana sakau, apakah tidak mungkin satu saat, politikus yang menuduh itu pula jadi sakau? Ada politikus dituduh LGBT, freemanson, agen  Yahudi dan sebagainya, apakah tidak satu masa yang entah bila, sifat itu akan terpalit kepada sang penuduh pula?

Kita lihat banyak contoh kebalikan kata ini terjadi. Kita juga juga lihat bagaimana makar dalam politik akhirnya makan diri. Ini semua adalah contoh dan bukti bagaimana pepatah tadi menjawab dalam bentuk praktikal kehidupan manusia.

Oleh itu, hiduplah dengan jujur dan jauhi makar. Jauhi tipu daya. Jauhi kecenderungan mengata orang itu ini tak bagus dan asyik membaguskan diri. Lebih baik kata diri tak bagus dan orang lain bagus , itu lebih selamat. Allah memerhati kelakuan kita dan dia mengatur intiqamnya dengan Maha Adil!

Penjaga Ibnu Hajar Al-Asqalani

Zakiuddin Abu Bakar Al-Kharrubi bukan seorang ulama apa lagi ulama hebat. Dia tidak sehebat Syamsuddin Ibn Al-Qattan. Tapi, Zakiuddin Abu ...