Zakiuddin Abu Bakar Al-Kharrubi bukan seorang ulama apa lagi ulama hebat. Dia tidak sehebat Syamsuddin Ibn Al-Qattan. Tapi, Zakiuddin Abu bakar Al-Kharrubi memetik buah yang lebih lebat kerana dialah penjaga yang erjasa paling berjasa buat Ibn hajar Al-Asqolani. Sementara Syamsuddin Ibn Al-Qattan yang dianggap penjaga kedua, tidak sehebat Zakiuddin dalam mencanai keperibadian ulama pada Ibn Hajar.
Bukan tidak ada jasa Syamsuddin Ibn Al-Qattan buat Ibn Hajar. Dia sendiri ulama dan dia pernah menjadi guru bagi Ibn Hajar. Ada ijazah ilmu yang diberikan kepada Ibn Hajar. Tapi ada perkataan orang tentangnya. Dia tidak bersungguh-sungguh menempa Ibn Hajar.
Mungkin kerana dia sendiri tak tahu apa akan jadi pada anak yatim itu di belakang hari. Kalaulah dia tahu Ibn Hajar si anak yatim yang diwasiatkan ayahnya untuk dijaga itu, kelak akan menjadi ulama hebat yang prominent, tentu dia berlumba mengumpul sahamnya.
Itulah...Allah dengan rahmatnya akan melebihkan dan mengurangkan bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Anugerah Allah jatuh kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Bukan kerana ilmu bahkan kekadang sang pengemis mendapat rahmat Allah lebih besar dari sang raja maupun ulama.
Jika anda tadabbur peristiwa, anda akan lihat betapa ajaibnya takdir Allah SWT.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Ibn Hajar adalah nama timangannya. Nama sebenarnya adalah Ahmad bin Ali bin Muhammad Al-Asqolani. Beliau lahir pada tahun 773H di Mesir dan wafat juga di Mesir tahun 852H.
Nama Hajar adalah nama salah seorang nenek moyangnya yang bernama Hajar, manakala Asqalani merujuk kepada nama banda Asqolan yang terletak di tanah Palestin
Ibunya meninggal sewaktu dia masih kecil. Kemudian ayahnya pula meninggal Sebelum meninggal, ayahnya mewasiatkan penjagaan puteranya yang yatim itu kepada dua orang iaitu Zakiuddin Abu Bakar Al-Kharrubi , seorang pedagang terkenal di Mesir dan juga kepada Syamsuddin Ibn Al-Qattan, seorang ulama dan faqih Mazhab Syafie di Mesir.
Pada usia 9 tahun, Ibn Hajar telah menyempurnakan hafalan Qurannya 30 juzuk.
Pada tahun 784H, di usianya yang ke 11, penjaganya, Zakiuddin Al-Kharrubi membawanya menunaikan haji. Mereka tinggal di Makkah beberapa lama dan selama di Makkah, Ibn Hajar tidak mensia-siakan peluangnya berguru langsung dengan tokoh ulama Makkah waktu itu.
786H dia balik bersama penjaganya ke Mesir. 787H penjaga meninggal dunia.
Dia membuat pengembaraan menuntut ilmu
Antara gurunya adalah Al-Iraqi dan Al-Balqini
