Apakah amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada Solat, Puasa dan zakat? Ibadat-ibadat tersebut adalah rukun dalam Islam. Kalau ada yang lebih tinggi, pada hematku, ia adalah mengucap dua kalimah syahadah. Sebab ia juga rukun Islam. Rukun yang pertama pula.
Namun, dalam hadis, Nabi SAW menyebutkan yang lain. Apakah itu?
Hayati hadisnya:
الراوي : أبو الدرداء | المحدث : عبد الحق الإشبيلي | المصدر : الأحكام الشرعية الصغرى | الصفحة أو الرقم : 856 | خلاصة حكم المحدث : [أشار في المقدمة أنه صحيح الإسناد] | التخريج : أخرجه أبو داود (4919)، والترمذي (2509) باختلاف يسير، وأحمد (6/ 444).
Ternyata, Nabi SAW menyebutkan bahawa amalan yang lebih baik dari Solat, Puasa dan Zakat adalah Mendamaikan hubungan dua hala orang yang berkrisis.
Islah Zatal Bayyin
Zaital Bayyin adalah dua orang atau lebih yang seharusnya hidup dalam damai, tolong menolong dan bekerjasama mencapai matlamat. Mereka adalah orang yang dipersaudarakan kerana agama, keturunan, bangsa, nusa dan juga insani. Hubungan ini telah diciptakan Allah untuk mansuai saling toleransi satu sama lain.
Namun, kekadang berlaku konflik yang memecahkan.
Ada kinflik disebabkan perebutan harta, kawasan, pasangan dan pangkat. Ada konflik dipercikkan oleh ketaksubab partai politik. Pendek kata, banyaklah sebab mansua menjadikan pertengkaran sebagai imamnya setelah sebelumnya hidup daalm kasih sayang.
Maka mereka itulah Zatul Bayyin
Mereka perlu didamaikan . Siapa yang mahu inisiatifkan perdamaian itu? Dia bakal mendapat kelebihan darjat yang lebih tinggi daripada ahli solat, puasa dan zakat.
Maka rosaknya hubungan antara Zatul Bayyin adalah petaka buat dunia dan agama. Ia adalah Haliqah!
Haliqah adalah pencukur rambut seperti pisau cukur dan seumpamanya. Ini adalah satu ibarat menggambarkan bagaimana bahana rosaknya hubungan Zatu Bayyin. Ia seperti pisau cukur yang mencukur licin rambut. Maka kerosakan hubungan itu akan mencukur licin agama seseorang!
Lihatlah bagaimana kerosakan hubungan itu menghancurkan akhlak. Seorang pak lebai jadi jahat. Seorang ulama jadi ular berbisa. Seorang kaya hilang dermawan dan infaqnya di jalan Allah. Ilmu dalam dada pun tidak dapat diamalkan. Masjid ditinggalkan . Aktiviti kejiranan tidak bergerak.
Inilah Haliqah yang terjadi lantaran Fasad Zatul Bayyin.
Maka mengislahkan Zatul Bayyin adalah amalan yang tinggi darjatnya!
No comments:
Post a Comment