Seharusnya orang yang dianggap wali Allah itu adalah orang beriman yang bertakwa. Apabila dia melakukan amal soleh tambahan daripada yang sunat dan fadhail, maka bertambahlah darjat kewalian itu di sisi Allah SWT. Dengan kata lain, Allah semakin sayang kepadanya dan Allah menjadi pembela tangguh buatnya daripada musuh-musuhnya!
Itulah konsep kewalian yang difahami daripada Al-Quran hadis.
Ayat Quran dalam surah Yunus , ayat 62-64 menyebutkan:
أَلا إِنَّ أَوْلِيَاء اللّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ، الَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ ، لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَياةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ ، لاَ تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dalam Hadis Riwayat Muslim (No hadis : 2637) menyebutkan sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ عَبدًا دَعَا جِبرِيلَ فَقَالَ : إِنِّي أُحِبُّ فُلانًا فَأَحِبَّهُ . قَالَ : فَيُحِبُّهُ جِبرِيلُ . ثُمَّ يُنَادِي فِي السَّمَاءِ فَيَقُولُ : إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلانًا فَأَحِبُّوهُ . فَيُحِبُّهُ أَهلُ السَّمَاءِ ، قَالَ : ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ القبُولُ فِي الأَرضِ
Demikian juga disebutkan dalam Saheh Bukhari sebuah hadis Qudsi ( No Hadis: 6021)
مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ، وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ المُؤْمِنِ؛ يَكْرَهُ المَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ
Allah berfirman; Siapa yang memusuhi wali-KU, maka Aku umumkan perang kepadanya, dan hamba-Ku tidak bisa mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan, jika hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sunnah, maka Aku mencintai dia, jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang ia jadikan untuk mendengar, dan pandangannya yang ia jadikan untuk memandang, dan tangannya yang ia jadikan untuk memukul, dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan, jikalau ia meminta-Ku, pasti Kuberi, dan jika meminta perlindungan kepada-KU, pasti Ku-lindungi. Dan aku tidak ragu untuk melakukan sesuatu yang Aku menjadi pelakunya sendiri sebagaimana keragu-raguan-Ku untuk mencabut nyawa seorang mukmin yang ia (khawatir) terhadap kematian itu, dan Aku sendiri khawatir ia merasakan kepedihan sakitnya.
Wali Allah dalam kacamata Islam adalah insan biasa yang tidak maksum. Darjatnya tidak akan lebih baik daripada Nabi dan Rasul. Para sahabat Nabi Muhammad adalah para wali Allah belaka. Terlebih lagi 4 sahabat yang utama. Abu Bakar As-Siddiq adalah Wali Akbar. Manusia mukmin yang bertakwa yang datang selepasnya para sahabat tidak akan mampu mencapai darjat kemuliaan kewalian sahabat.
Pun begitu, para sahabat nabi SAW bukan maksum. Membaca kisah-kisah mereka, kita dapat senaraikan beberapa kesalahan mereka dan ia menjadi pedoman ketidakmasuman insan lain sesudah mereka.
Sayangnya, golongan yang menisbahkan diri mereka sebaga Ahli dalam tasawwuf telah memetik konsep kewalian dari sumber yang salah. ia adalah resapan daripada pemikiran luar yang tidak ada hubungkait dengan Islam.
Berikut adalah ciri-ciri wali yang ada dalam pemikiran tasawwuf yang menyimpang itu:
1) Wali adalah manusia yang dilantik. Sebagaimana Nabi dan Rasul dilantik demikian wali. Ia adalah Wahbiyyah dan bukan Kasbiyyah. Ia adalah anugerah dan bukan daripada usaha dalam bentuk amal soleh dan takwa.
2) Wali adalah maksum.
3) Wali adalah ahli dalam ilmu batiniyyah (Hakikat) sedangkan nabi adalah ahli dalam ilmu zahir (Syariat)
4) Wali diberikan hak tasarruf alam semesta .
5) Wali ada maratibnya dan diletakkan nama-nama seperti Al-Ghauth, Al-Aqtab, Al-Autad, Al-Abdal, Nujaba dan Nuqaba serta nama-nama lain mengikut kumpulan tasawwuf masing-masing.
6) Wali hidup di alam sebalik mata (Dunia ghaib) yang di dalamnya ada eprkara-perkara dan aktiviti yang tidak terjangkau oleh manusia alam nyata seperti bergerak sepantas lipat bumi, ada gunung kaf, mesyuarat daalm dewan wali dsb.
7) Wali hendaklah ada karamah yang dia boleh keluarkan sendiri.
8) Wali boleh melantik wali lain.
9) Wali mendapat ilmu tanpa belajar dan ia adalah ladunni dengan kaedah mimpi, firasat, tahazub dan khawatir yang menerbitkan keajaiban syatahat.
Jika anda bebaskan fikiran anda daripada kebodohan taksub dan taklid membuta tuli, lalu menelusuri asal konsep kewalian dalam kalangan sufi sedemikian, anda akan terkesima melihat ada persamaan dengan kepercayaan kepada Tuhan-tuhan dalam tradisi agama klasik ornag Greek. Hatta, dapatlah diandaikan bahawa ia menajdi asal muasal munculnya konsep kewalian yang menyimpang ini. Semntara, ilmu tasawwuf falsafah banyak dipengaruhi oleh falsafah Greek. Dalam memahami ketuhanan dalam tasawwuf falsafi pun, kiblatnyanya banyak terarah kepada falsafah Greek.
Apa yang jadi pegangan tokoh falsafah Greek seperti Aristotal, Plato dan Socrates, jadi pegangan dalam ketuhanan menerusi beberapa konsep tasawwuf falsafi. hadamkan banding beza antara falsafah Al-Aqlu Awwal dengan Ainul Haq dan Anwar Al-Muhamamdiyyah yang ada dalam tasawwuf Falsafi.
No comments:
Post a Comment