Wednesday, June 19, 2024

Kemanusiaan Nabi.

Fikrah menolak kemanusiaan seorang nabi itu adalah cetusan dari ornag-orang kafir. Allah berfirman menggambarkan kebatilan tasawwur golongan kafir tentang utusan Allah melalui banyak firmanNya:


Surah Ibrahim, Ayat 10:


قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللَّهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ قَالُوا إِنْ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا تُرِيدُونَ أَن تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

 Dalam Surah Al-Furqan, ayat 7:

وَقَالُوا مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الأَسْوَاقِ



Dalam Surah Al-Israk, ayat 94-95:

وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَنْ يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَى إِلَّا أَنْ قَالُوا أَبَعَثَ اللهُ بَشَرًا رَسُولًا ` قُلْ لَوْ كَانَ فِي الْأَرْضِ مَلَائِكَةٌ يَمْشُونَ مُطْمَئِنِّينَ لَنَزَّلْنَا عَلَيْهِمْ مِنَ السَّمَاءِ مَلَكًا رَسُولًا

Surah Al-Mukminun , ayat 33:


وَقَالَ الْمَلَأُ مِنْ قَوْمِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِلِقَاءِ الْآَخِرَةِ وَأَتْرَفْنَاهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا مَا هَذَا إِلَّا بَشَـرٌ مِثْلُكُمْ يَأْكُلُ مِمَّا تَأْكُلُونَ مِنْهُ وَيَشْرَبُ مِمَّا تَشْرَبُونَ



Fikrah itu kemudian meresap masuk ke dalam firqah sesat yang ada dalam kalangan umat Islam. Mereka menjadi melampau dalam mengangkat nabi Muhammad SAW sehingga kemelampauan itu membuatkan mereka berat meletakkan nabi sama dalam kemanusiaan seperti mereka. Sehingga demikian, datanglah fikrah yang menghiasi fikrah menolak kemanusiaan nabi SAW.

Ini punca kepada dakwaan bahawa:
  1. Awal kejadian adalah Nur Muhammad.
  2. Nabi Muhammad SAW tiada bayang
  3. Rambut nabi yang asli tiada bayang.
  4. Di malam Israk, nabi Muhammad naik ke langit bukan bertemu Allah tetapi bertemu diri sendiri iaitu Muhammad yang bersifat ulya.

Padahal, sekian banyak ayat Quran yang menegaskan kemanusiaan nabi SAW, golongan yang tersesat ini tetap tidak mengendahkannya:


Allah berfirman dalam Surah Al-Kahfi m ayat 110:


قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ 


Dalam Surah Al-Ambiya, ayat 8:


وَمَا جَعَلْنَاهُمْ جَسَداً لا يَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَمَا كَانُوا خَالِدِينَ

Dalam Saheh Muslim terdapat hadis (No 2996) di mana Nabi SAW bersabda:


خُلِقَت المَلائِكَةُ مِن نُورٍ ، وَخُلِقَ إِبلِيسُ مِن نَارِ السَّمومِ ، وَخُلِقَ آدَمُ عَلَيهِ السَّلامُ مِمَّا وُصِفَ لَكُم


Sedangklan dalam Saheh Muslim (2278) Nabi SAW bersabda:


أنا سَيِّدُ ولَدِ آدَمَ يَومَ القِيامَةِ، وأَوَّلُ مَن يَنْشَقُّ عنْه القَبْرُ، وأَوَّلُ شافِعٍ وأَوَّلُ مُشَفَّعٍ.


Pemikiran yang cuba menghilangkan sifat manusiawi Nabi Muhammad ini adalah jejak bertapak golongan Masihi yang menggunapakai konsep percapuran antara Nasut dan Lahut yang ditempelkan kepada Nabi Isa A.S.


Mengapa kita orang Islam mengambil najis akidah yang batil yang ada pada pada Nasrani???

Mengapa kita masuk lubang biawak???


Rujuk:islamqa
Baca: islamstory


No comments:

Post a Comment

Kisah Aisyah r.a dengan perempuan ahli sihir

 Telah tiba di Kota madinah seorang perempuan mencari Rasulullah SAW. Dia mahu bertemu Rasulullah SAW untuk satu hajat. Sayangnya Rasulullah...