Istilah ini mula dipopularkan oleh pihak-pihak di Indonesia dalam menndepani serangan golongan yang disifatkan sebagai puritan dalam masyarakat Islam. Walaupun asalnya Puritan itu dilebelkan kepada Kritian Mazhab Protestan yang muncul membangkang dominasi Kristian Katolik. Intinya adalah reformasi dan kepada dasar dan asas pegangan.
Di Indonesia, sangat banyak adat warisan yang diamalkan bertentangan dengan ajaran Islam. Pagi tokoh-tokoh pembaharuan, amalan warisan itu banyak yang menggugat kemurdian tauhid. Maka ia dituduh sebagai khurafat, bid'ah maupun syirik.
Akibatnya, golongan yang sayang kepada warisan bangsa melihat upaya itu sebagai sebuah gugatan kepada tradisi. Golongan itu termasuklah kalangan pemuka agama yang tradisionalis dan mereka banyak dalam kelompok NU (nahdatul Ulama). Dalam masa yang sama, kelompok pembaharu pula datang dari kumpulan Muhammadiah atau aliran salafi.
Di sinilah istilah kearifan lokal jadi kata keramat yang digunakan untuk membenteng serangan golongan pembaruan.
Amalan semah, sesaji, ancak dan segala macam amalan aat silam dipertahankan atas nama kearifan lokal. Tahlil, selamatan , maulid dan amalan mazhab syafiah juga terheret dalam pertikaian.
Dari satu muncul istilah Islam Nusantara dan seruan menolak arabisasi. Ini kerana pihak yang mengatakan amalan tradisi dan budaya masyarakat nusantara itu sebagai kearifan lokal walaupun mirip kepada animisme dan ada unsur syirik, menganggap para pembantah sebagai mencuba untuk mengarabkan nilai-nilai setempat.
Di sini kita akan jumpa pihak yang menuduh orang yang menolak kearifan lokal itu sebagai agen arabisasi yang sangat mencuatkan mereka.
No comments:
Post a Comment