Hatim Al-Asom adalah murid kepada Syaqiq Al-Balkhi. Mereka berdua adalah kalangan Salaf. Hatim Al-Asom belakar selama 30 tahun dengan Syaqiq Al-Balkhi. Maka sifat taqwa dan tawakkal tumbuh dalam diri Hatim Al-Asom dengan subur dan sempurna.
Satu ketika dia ditanya bagaimnana dia membina sifat taqwa dalam dirinya. Lalu dijelaskan olehnya bahawa dia mentahqiqkan taqwa dalam dirinya dengan empat perkara:
1) Aku mengetahui razekiku ditentukan Allah dan tidak ada sesiapa yang dapat merampas daripadaku jika ia sudah ditentukan buatku. Dengan itu, hatiku tenang tentang razekiku.
2) Aku mengetahui bahawa amalanku tidak dapat dilakukan dengan sempurna melainkan aku sendiri yang menyempurnakannya, maka sebab itu aku sibuk dengan amalanku dan tidak sibuk dengan amalan ornag lain.
3) Aku tahu mahu maut sentiasa memburuku, lalu aku pun bersiap sedia dengan bekalan yang secukupnya untuk hari itu.
4) Aku tahu bahawa Allah SWT sentiasa melihatku, maka aku malu kalau aku dilihat dalam keadaan bermaksiat.
Kisah Hatim Al-Asom pergi haji
Pada satu tahun, musim haji tiba, Hati Al-Asom sedang bersedih memikirkan hajinya tahun itu. Dia tiada bekalan untu pergi haji dan tiada pula nafqah untuk ditinggalkan buat keluarganya kecual dalam tempoh 3 hari selepas dia pergi haji. Dalam sedih itu, anak perempuannya yang solehah datang bertanya. Lantas dikhabarkan apa yang mengganjal dalam hatinya. Anak itu yang faham konsep razeki berkata:
Ayahkah yang beri razeki?
Hatim Al-Asom kata: Allah pemberi razeki.
Kalau demikian, apa yang ayah takutkan.
Atas nnasihat dan dorongan anaknya, Hatim pun pergilah haji. Dia tidak punya bekalan yang cukup. Dia mengikut di belakang kafilah. satu malam, dalam perjalanan, ketua kafilah digigit kala dan orang pun mencari siapa yang boleh ruqyahkan. Mereka pun bawa Hatim dan dia meruqyahkan ketua kafilah lalu sembuh. Ketua kafilah sangat berterima kasih dan berkata perbelanjaan Hatim sepanjang haji, dia yang akan tanggung semuanya.
Sementara keluarga yang ditinggalkan pula, selepas 3 hari bekalan pun habis. Mereka kelaparan. Tapi satu hari, pintu rumah mereka diketuk. Bila dibuka, rupanya raja negeri itu yang mengetuknya. Dia minta segelas air buat minum kerana dia sedang dalam pemburuan. Anak perempuan hatim yang Solehah itu siapkan segelas air minuman yang bersih dan diberikan kepada raja itu. Raja sangat berterima kasih dan bila mengetahui rumah yang dia minum air itu adalah rumah hatim, dan Hatim tiadda di rumah kerana pergi haji, raja pun membuka tali pinggangnya yang bertatah permata dan jauhar lalu diletakkan dalam rumah Hatim.
Dia berkata kepada para pengiringnya: Siapa di kalangan kalian yang menghormati beta, buat sama seperti yang beta lakukan!
Maka pengiring raja pun memberikan barang mereka.
Seorang pedagang kaya yang mendengar semua itu, datang beli talipinggang raja dengan harga yang mahal untuk dikembalikan kepada raja sebagai cara mendekatkan diri kepada raja.
Maka jadilah keluarga hatim paling kaya dalam kampung itu.
Baca: Alukah
No comments:
Post a Comment