Friday, February 16, 2024

Antara Jahmiyyah dan Musyabbihah

Golongan Jahmiyyah menafikan sifat Allah SWT manakala golongan Musyabbihah pula menyerupakan Allah dengan makhluk. Kedua-kedua golongan ini membawa kemelampuan dalam arah masing-masing untuk mengenal Allah SWT. Maka, atas sifat sebagai ausat, maka golongan Ahli Sunnah hendaklah tidak melampau dalam mana-mana antara dua ittijah tersebut.Ahli Sunnah mengambil jalan tengah. Ahli Sunnah menerima sifat-sifat yang Allah sifatkan diriNya seperti Sama', Basar, Kalam, Uluw, Yad dan sebagainya.Agar tidak terjerumah ke dalam perangkap yang jatuh ke dalamnya golongan Musyabbihah pula, maka sifat-sifat Allah yang diterima itu diikat dengan prinsip: Tanpa Tahrif, tanpa Tasybih, tampa Takwil dan tampa Tahrif

Baca: Alukah

 Kalam Ibn Taimiyyah:

من مثل فإنما يعبد صنماً، ومن عطل فإنما يعبد عدماً.

" Sesiapa yang mentamsilkan Allah dengan sesuatu, maka dia menyembah berhala. Dan sesiapa yang menta'tilkan Allah(menolak sifat-sifatnya) maka dia menyembah yang tiada".

Golongan yang dinamakan Jahmiyyah itu ialah pengikut Jaham bin Safwan. Jaham bin Safwan itu mengambil pemikirannya menerusi sanad ilmunya yang batil itu daripada Al-Ja'du bin Dirham. Dia yang mula menuturkan perkataan menta'tilkan sifat Allah SWT. Dia kemudian dihukum bunuh oleh Khalid bin Abdullah Al-Khusri, gabenor Iraq semasa pemerintahan Khalifah Hisham bin Abdul Malik daripada Dinasti Bani Umayyah. Namun, perkataannya itu dikembangkan dan dimasyhurkan oleh Jaham, maka sebab itu aliran ini dipanggil Jahmiyyah. Al-Ja'du sebagai tokoh sesat punya sanadnya iaitu  daripada Bayan bin Sam'an daripada Talut daripada Lubaid bin Al-A'sam (Yahudi yang menyihir nabi SAW)

Khalid bin Abdullah  Al-Khusri, walaupun penguasa yang zalim, dia berjasa dalam membanteras golongan sesat pada zamannya. Imam Az-Zahabi menyebutkan dalam Siyar A'lam mengenai zalimnya Khalid Al-Khusri tetapi memujinya atas ketegasannya membunuh para pemuka sesat pada zamannya. Az-Zahabi memberikan misal orang seperti Khalid bin Abdullah Al-Khusri ketika menafisrkan ayat 129 Surah Al-An'am:

وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضاً


Bayan bin Sam'an adalah seorang pelampau Syiah. Pengikutnya disebut golongan Al-Bayaniyyah. Dia bersama Al-Mughirah bin Sa'id serta 15 pengikutnya telah ditangkap oleh Khalud Al-Khusri dan dibawa ke Masjid KUfah lalu diikat dan disimbah minyak dna dibakar.

Bayan bin Sam'an telah menyebarkan tafsiran batini mengenai ayat-ayat Quran. Antaranya ialah ayat daripada Surah Ali Imran, ayat 138:
هَذَا بَيَانٌ لِلنَّاسِ وَهُدىً وَمَوْعِظَةٌ لِلْمُتَّقِينَ

Bayan bin Sam'an mendakwa, kalimah Bayan dalam ayat merujuk kepada dirinya.

Dia juga menuhankan Ali dan menafsirkan Allah sebagai Ali yang berada di awan ketika menafsirkan ayat 21 Surah Al-Baqarah:

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ

Baginya di langit ada Tuhan dan di bumi ada Tuhan. Maka Tuhan di bumi adalah Ali.

Perkataan bahawa Al-Quran adalah makhkluk yang didendangkan oleh puak Muktazilah dikatakan tempat terbitnya bermula daripada perkataan Bayan bin Sam'an.

Bayan bin Sam'an itulah guru kepada Al-Ja'du bin Dirham.

Di antara tokoh-tokoh lain yang mendokong pemikiran sesat Jahmiyyah ialah Basyar Al-Muraisi, Mirdad, Abu Bakar Al-A'som, Ibrahim bin Ismail bin 'Aliyah, Ibn Abi Du'at, Burghuth, Rabalawiyah, Al-Armani, Jaafar Al-Hiza', Syuaib Alhijam, Hasan Al-'Attor, Sahal Al-Harrar dan Abu Luqman Al-Kafir.
(Rujuk : Syarh Wal Ibanah, Ibn Battoh, ms 373-374)

Pemikiran Sesat Jaham bin Safwan:
1) Mengingkari Allah mempunyai sifat
2) Al-Quran adalah Makhluk
3) Allah berada di semua tempat
4) Iman adalah yang bersimpul dalam hati walau mulut mengucapkan kalam kufur.
5) Manusia adalah majburdan semua perbuatan adalah milik Allah SWT
6) Syurga dan neraka akan musnah akhirnya
7) Mendakwa Allah itu BAHARU (Hadith)
8) Allah SWT bersih daripada had dan jihah.
9) Lafaz jihah yang disandarkan kepada Allah adalah rekaan/bid'ah..
Jaham bin  Safwan telah ikutan memberontak melawan kerajaan Bani Umayyah bersama Al-Harith bin Suraij dan dia ditangkap oleh Salam bin Ahwaz. Jaham dihukum bunuh kerana sebab meberontak dan juga pemikirna sesatnya.

Semak: Shamela

Baca : Syarah Lamiyyah Li Ibn Tamiyyah- Sanad Ahli Bid'ah

Di antara nama-nama yang dikenali dalam sejarah sebagai Musyabbihah adalah Daud Al-Jawiribi, Hisyam bin Al-Hakam, Hisyam bin Salim Al-Jawaliqi, Al-Mughirah bin Said Al-'Ajli (pemimpin golongan Al-Mughiriyyah), Abu Mansur Al-'Ajli, Yunus bin Abdurrahman Al-Qummi, 


























No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...