Masyhur di kalangan Sufi perkataan:
ما عبدتك شوقًا إلى جنتك، ولا خوفًا من نارك
"Aku tidak sembah Kau wahai Allah kerana rindukan syurgamu dan bukan kerana takutkan nerakamu"
Doa orang Sufi sedemikian sekali imbas nampak cantik dan menjunjung tinggi harakat ikhlas dalam peribadatan. Namun, konsep sedemikian tidak datang dari cara peribadatan nabi SAW.
Intinya, mereka (Kaum Sufi) beribadat kerana cinta bukan kerana yang lain .Cinta Allah mendorong mereka lakukan ibadat. Bukan kerana tamakkan ganjaran atau takutkan azab Allah. Apakah sikap sedemikian baik dan selari dengan kehendak ajaran nabi SAW?
Ada dia perkara yang perlu diperhatikan :
Pertama, yang namanya syurga itu bukan hanya nikmat lahiriah seperti makan , minum, sungai, mahliogai, bidadari dan segala macam kesenangan rasa. Syurga juga adalah Ridha Allah dan bahkan melihat Allah itu juga nikmat syurga. Masakan seseornag boleh meremehkan nikmat syurga yangs edemikian???
Kedua, neraka itu bukan nanti siksaan akhirat. Bila dapat azab dalam dunia, itulah neraka. Bayangkan satu orang dalam kelaparan beberapa hari atau tidak dapat buang air dan tersiksa kerana itu, melayang pergila segala cinta mahabbahnya. Cakap mudahlah kalau duduk dalam nikmat Allah. Kalau sudah ditimpa azab Allah, ibadat ape ke mana?
Maka . yang kata tak mahu syurga dan tak takut neraka itu, adalah mereka yang jahil tentang maksud kata SYURGA dan kata NERAKA. Mereka kalau pun tahu , pemahaman mereka ada taqsir (kekurangan) dalam memahami musammayat tersebut.
Beribadat kepada Allah hanya kerana cinta adalah manhaj kaum sufi yang sesat. Di mana mahu dibuangkan ayat-ayat Quran yang menyuruh beribadat kepada Allah dalam keadaan takut kepadaNya. Erinya takut kepada azabNya. Juga INGIN kepadaNya, yakni kepada ganjaranNya, termasuklah syurgaNya.
Allah berfirman:
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً
إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
وَهُمْ مِنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Ada seorang ahli Sufi bernama Abu Yazid Al-Bistami diceritakan bahawa pernah ditanya:
" Apa yang tuan mahu?",
" Aku mahu tidak mahu" jawabnya.
Jawapan sedemikian tidak betul. Makhluk Allah diciptakan dengan kemahuan. Orang yang hilang akalnya sahaja yang tidak mahu apa-apa. Apakah satu ornag yan g menyembah Allah tidak mahu apa-apa? Apakah dia tidak mahu redha Allah???Muraqabah dan taqarrub serta sentiasa hudhur bersamaNya?? Itu juga kemahuan??
Tidak mahu juga yang itu? Sembah Allah tidak mahu apa-apa hatta mendekatkan diri kepadaNya? Ini bukan sifat manusia yang fitrahnya ada iradah? Hanya benda mati sahaja yang tiada iradah.
Kalau dikatakan aku tidak mahu syurga Allah tapi mahu redhaNya, masih boleh difikirkan. Sifat kehendak manusia tidak statik. Tidak mahu yang ini mahu yang itu. Itu biasa. Tapi kalau TIDAK MAHU apa-apapun, itu mustahil bagi manusia yang hidup. Rasanya orang gila pubn mahu.
Dengan mahu kita tidur, kita bangun, kita kencing, berak dan sebagainya. Bayangkan bagaimana orang yang tidka mahu hidup dalam dunia!Haha...imposible!
Hub tanpa khauf dan raja' umpama burung terbang tanpa dua sayap. Hub itu kepala dan sayap kiri kanan itu umpama kauf dan Raja'.
Minta syurga dan jauh dari neraka adalah perminta yang nabi SAW selalu ucapkan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Abu Daud, nabi menyebutkan kepada seorang sahabat yang meluahkan ketidakpandaain dallam mengungkapkan doa-doa dalam solat kecuali minta syurga dan jauhi neraka, maka nabi SAW bersabda:
حولَها نُدَنْدنُ
Yakni, sekitar dua permohonan itu doa-doa nabi. Minta syurga dan jahi neraka. Bagaimana suunan ayatnya terpulanglah. Intinya minta syurga dan jauhkan neraka.
Mari golongan Sufi, mereka buka satu ufuk baru dalam tujuan peribadatan.
Aku beribadat bukan nak syurga bukan takut neraka.
Kalau aku ibadat kerana mahu syurga, haramkan syurga buatku. Kalau kerana takutkan neraka, masukkan aku ke dalamnya.
Fuh! ajaran siapa ini sampai mengungkap kata-kata yang sedemikian berani?
No comments:
Post a Comment