Kaedah yang masyhur kalangan ulama:
لا مشاحة في الاصطلاح بعد فهم المعنى
Aku mencari-cari apa yang pernah aku dengar tapi tak temui perkataannya. Alhamdulillah, sekarang terjumpa ketika membaca kita Syarah lamiyah li Ibn Taimiyyah.
Ketika orang heboh memperkatakan ucapan PMX bahawa Ashabul Kahfi beragama keristian pada zaman itu, aku teringat kaedah para ulama itu. Tetapi tak datang dalam zihinku. Istilah Kristian pada zaman ini dan zaman itu berbeza tetapi ia bukan masalah kerana maknanya jelas. Kristian zaman itu adalah orang beriman. Menggunakan istilah Kristian itu konteks zaman tersebut "la masyahatan" ertinya tidak ada perbalahan/pertikaian dalam pengistilahan.
Hang nak guna istilah apa pun ikut hanglah jika maknanya membawa kepada satu pemahaman yang jelas. Ertinya kalau nak sebut istilah kristian, itu tidak kisah lah kerana Kristian pada zaman tersebut adalah orang beriman. Inilah konsep "la masyahatan fil istilah".
Kaedah ini juga diterapkan dalam menjelaskan mengenai pengstilahan Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Was Sifat yang dipertikaikan oleh segolongan orang yang memetik hujah-hujah Al-Kauthari. Istilah tersebut dikatakan bid'ah kerana tiada dalam ajaran nabio SAW. Maka kaedah "la masyahatan fil istilah" diangkat untuk menjelaskan situasi ini. Bahawa, menggunakan istilah itu tidak seharusnya menimbulkan bantahan kerana ia adalah ijtihadiyyah dalam perkara Musamayat dan Taqsimat.
Contoh-contoh lain:
- Orang Basrah sebut Jar itu baris bawah, orang Kufah pula sebut Khafadh.- Ada masalah?
- Istilah ikut golongan masing-masing. Satu kalimah di kalangan ahli sastera tidak serupa dengan kalangan ahli fekah, ahli nahu, ahlu urudh dan lain-lain. Maka tidal boleh satu pihak kata pihak lain salah!
- Lebih mudah faham ornag kedah, orang kelantan, oramng perak dan lain-lain negeri tak sama dalam pengistilahan. Orang kedah kata hang, ornag kelantan kata dema dan orang perak kata mike/kome dan orang KL kata awak. So janganlah orang lain negeri kata bahasa orang lain salah!
Keluasan istilah yang berbeza dan tidak dipertikaikan in i adalah tertakluk kepada ketiadaan melibatkan perubahan hukum. Jika melibatkan hukum hakam, maka tidak boleh guna kaedah ini. Umapamnya:
a) Istilah ammu dan khal, kedua-duanya merujuk kepada pakcik. Satu sebelah ayah dan satu lagi sebelah ibu. Maka, tidak boleh bertukar. masing-masing istilah hendakklah digunakan secara tepat, sebab adalah hukum faraidh di sana.
b) Namun, bapa mentua (bapa isteri) ada orang panggilnya Ammu dan ada orang panggil Khalid. panggillah apa sahaja, tak kisah kerana panggilan itu tidka mengubah hukum. (Bezakan kes (a) di atas, musammayat yang berbeza melibatkan hukum . Ammu berhak jadi wali nikah, adalah asobah. Tetapi Khal tidak. Jangan tertukar.(baca: Skhhudeir)
c) Kaedah ini hendaklah ada taqyidnya. Jangan melibatkan hukum dan jangan mengubah waqi'. Jika ada orang menggunakan istilag langit untuk bumi dan bumi untuk langit, maka ia perlu dibantah. Pengguna istilah tersebut tidak berhujah, Alah...ikut suka akulah, istilah ajepun!. Tidak...tidak...ini mengubah waqi'. Samalah, jika utara disebut selatan dan selatan disebut barat. Ini tidka haruys dibenarkan. Sebab ia mengubah waqi'.
Baca: Al-Maktaba.org
Bacaan tambahan: Alukah
No comments:
Post a Comment