Wednesday, February 21, 2024

Memahami ayat-ayat sifat Zahiriyyah Allah

Asyairah mentakwilkan ayat-ayas sifat. Kalimah Yad dalam Quran dan Hadis ditakwilkan dengan makna "kuasa". Dalam banyak keadaan takwilan tersebut nampaknya betul dan tidak bermsalah. Namun, bukan kalimah Yad sahaja. Ada banyak ayat yang menyebutkan sifat-sifat zahiriyyah Allah seperti Tapak tangan, (kaf), Jari jemari( Anamil), Wajah, mata, betis dan seabgainya. Maka, mazhab Asyairah mentyakwilkannya agar tidak terjerumus ke dalam tasybih Allah dengan makhkluk.

Namun, mazhab Salaf tidak mentakwilkan. Kalimah-kalimah yang sedemikian dimasukkan dalam sifat Allah dan ia diterima namun tidak dikaifiyatkan.


روى البيهقي في سننه عن الوليد بن مسلم قال : سئل الأوزاعي ومالك وسفيان الثوري والليث بن سعد عن هذه الأحاديث : فقالوا أمروها كما جاءت بلا كيفية .

Telah meriwayatkan oleh Al-baihaqi dalam Sunannya daripada Al-Walid bin Muslim, katanya: Al-Auza'i , Malik, Sufyan As-Tsauri dan Al-Laith bin Sa'ad telah ditanya mengenai hadis-hadis ini (yang menyebutkan anggota bagi Allah) lalu mereka menjawab dengan kata: "Terimalah ia sebagaimana dinyatakan tanpa kaifiyat"

Rujuk: Islamweb

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...