Monday, February 19, 2024

DOA: MOHON AMAL SOLEH DAN JAUH DARIPADA MUNKARAT.

Satu doa yang disebut sebagai doa "ikhtisomul mala-il A'la"

  اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي، وَتَرْحَمَنِي، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ، وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ

(Hadis Rowayat Tarmzi: No. 3235)


Erti doa: 

Ya Allah...Aku mohon kepadamu kekuatan untuk melakukan amal yang baik, dan meninggalkan perbuatan munkar serta rasa cinta kepada orang miskin.
Aku mohon agar Kau ampunkan aku dan berikan aku rahmatMu.
Jika Kau mahu timpakan fitnah atas satu golongan, maka matikanlah aku sebelumnya dalam keadaan selamat dari fitnah itu.
Aku mohon kepadamu rasa cintakanMU serta cinta kepada yang mencintaMU dan juga cinta kepada amalan yang boleh mendekatkan aku kepada cintakanMU.


Doa di atas terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal. Beliau meceritakan bahawa pada satu pagi Rasulullah SAw lambat keluar dari rumahnya untukl solat Subuh bersama di masjid. Hinggalah hampir keluar matahari. Lalu banginda Rasul pun keluar akhirnya dan solat subuh bersama para sahabat. Seusai solat, baginda menyuruh mereka tunggu dalam saf masing-masing dan baginda pun menceritakan sebab kenapa dia kelewatan. Baginda Rasul  menceritakan pengalaman pada semalam hari, yakni ketika baginda bermunajat kepada Allah dalam tahajjudnya. Baginda rasa mengantuk dalam solatnya sehingga kantuk itu memberat. Maka, tiba-tiba nabi merasakan dia bersama Allah dalam surah (gambaran) yang paling cantik.

Allah berfirman kepdanya: Wahai Muhammad! apa sebab para malaikat berbantah-bantah sesama mereka? Nabi SAW menjawab: Aku tidak tahu.
Persoalan itu diulang dan nabi SAW menjawab dengan jawapan yang sama.
Lalu nabi SAW menyatakan bahawa Allah SWT meletakkan tapak tanganNya di antara dua bahunya sehingga baginda merasakan sejuknya jari jemari Allah hingga ke dalam dadanya. Saat itu menjadi tajalli segala sesuatu buiat baginda.
Allah kembali bertanya soalan yang tadinya. Maka nabi SAW pun mampu menjawab: Kata Nabi SAW: Mereka sedang bertikai/berbantah-bantah mengenai Kafarat dan Darajat.

Ditanya kepada Nabi SAW: Apa itu Kafarat?
Kata Baginda: Kafarat adalah : Mengatur langkah pergi solat bejemaah,  duduk dalam masjid selepas solat, menyempurnakan wuduk dalam keadaan yang sukar.

Ditanya opula : apa itu Darajat:

Baginda pun menjawab: Iaitu beri orang makan, bercakap dengan lembut serta solat di waktu orang sedang tidur.

Maka Allah SWT pun menyuruh bagunda mintalah permintaannya. Lalu, baginda pun meminta sepertimana dalam doa di atas.

Doa itu dibacakan kepada para sahabat pagi subuh itu dan baginda memberitahu para sahabat bahawa doa itu adalah BENAR dan meminta para sahabat mempelajarinya dan mengajarkannya.


Baca Syarah Hadis: Dorar

Rujuk syarah doa: kalemtayeb

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...