Tuintutlah ilmu tinggi melangit, ilmu itu tidak boleh menjadi benteng untuk menghaling empunya ilmu daripada berbuat kezaliman. Sesiapa yang menyelak dan mengimban detik sejarah , akan mendapati berapa ramai orang yang berilmu berbuat zallim. Jika kezaliman itu dilakukan oleh para umara, itu lumrah. Demi kekuasaan , para umara bersengketa dan berbuiat zalim. Namun, para ulama, demi apa?Untuk apa? Kezaliman berlaku di kalangan mereka? Kita tidak boleh nafikan hakikat bahawa ia terjadi dan pernah terjadi dan sedang terjadi!
Kerana itu seorang tokoh ulama Hambali, Ibn Aqil pernah berkata:
رأيت الناس لا يعصمهم من الظلم إلا العجز، ولا أقول: العوام، بل العلماء!
"Aku telah melihat manusia tidak terselamat daripada berbuat zalim melainkan bila dia dalam keadaan lemah. Aku maksudkan bukan orang awam, tetapi para ulama mereka".
Para ulama, tatkala mereka LEMAH, tidak didokong oleh para penguasa, mereka tidak akan berbuat zalim. Mereka berkhidmat sesuai dengan ilmu yang memiliki citra murni dan penuh keadilan. Namun, bila para ulama menjadi kuat, diberi kedudukan, mejadi Qodhi, hakim hatta wazir dan sekalipun menjadi umara, maka mereka dipalit dengan perbuatan zalim yang mereka lakukan.
Pada zaman kekkhalifahan Abbasiah, iaitu semasa khalifah An-Nasir Li Dinillah, seorang ulama Mazhab Hambali bernama Ibnu Yunus telah berjaya memanjat tangga kekuasaan dan menjadi kuat disamping Khalifah . Duia diberi jawatan sebagai Wazir kepada Khalifah. Apa jadi? Dengan kedudukannya itu, para pendokong aliran Mazhab Hambali telah menekan para pengikut aliran Mazhab Syafie. Mereka dilarang membaca Jahar Bismillah dalam solat dan dilarang melakukan Qunut dalam Solat Subuh. Feqah Syafie dilarang daripada diajarkan dalam negara. Tauliah? Ustaz-ustaz Syafie tidka diberi tauliah mengajar. Yang ada tauliah hanya para ustaz Hambali. Demikianlah persengketaan antara dua mazhab telah membuatkan para ahli ilmu ketika itu berbuat zalim kepada saudaranya yang juga ahli ilmu tetapi berlainan mazhab.
Buku-buku sejarah ada mencatatkan bahawa berlaku kejadian masjid dibakar kerana khilaf mnazhab. Di Kota Marw, para pengamal feqah Syafie telah membina sebuah masjid tetapi Syaikhul Islam di Kota Marw yang bermazhab Hambali telah mengarahkan masjid itu dibakar.
Namun , seiring dengan perubahan masa, pada Masa Nizamul Muluk At-Tusi menjidi wazir kepada Sultan Saljuk Khawarizmi Syah Taksyin bin Alp Arsalan , dia adalah pentaksub kepada mazhab Syafie, maka pada ketika itu para tokoh Hambali ramai yang diatngkap dan dip[enjarakan. Mazhab Hambali dilarang untuk disebarkan dalam negara. Orang-orang bermazhab Hambali dituduh sesat dan berakidah TAJSIM. Zaman itu istilah WAHABI belum muncul. Maka Istilah TAJSIM dan Musyabbuihah digunakan untuk dilebelkan kepada aliran Hambali yang menolak takwil.
Demikian roda kehidupan bertukar.
Sebelum itu lagi. zaman khalifah Al-Makmun. Mazhab Muktazilah mendominasi. Muktazliha ini mazhab menyeru kepada kebebasan berfikir, menolak kejumudan. Pendek kata mereka ini berfikrian leberallah. Mereka ajak supaya fungsi akal digunakan Hurriyatul Fikri diberi tempat. Lalu, mereka mendapat kepercayaan Khalifah. Apa jadi? Ta\tkala mereka memegang urusan dan kendali kusa di tangan mereka, mereka menindas. Para ulama yang enggan mendokong selogan mereka yang popular ketika itu iaitu Al-Quran adalah Makhluk dituduh sesat dan ditangkap serta dipenjara. Ada yang mati disisiksa dan dibunuh.
Apa jadi dengan seruan kebebasan fikir yang mereka dendangkan? Bila sudah dapat kuasa, mereka menindas hak ornag lain pula untuk berfikir secara bebas.
Sebab itu, seruan golongan liberal hari ini, jangan percaya. Mereka di kala ini tiada kuasa. Golongan LGBT, mereka seru agar mereka diberikan kebebasan untuk mengamalkan gaya hidup mereka. Mereka menunggang isu atas nama Human Right. Percayalah, andai satu ketika mereka ditakdirkan berkuasa, mereka mendapat tempat dalam sesebuah negara, mereka akan jadi penzalim/ Mereka kan menindas ornag lain. Anjing sewaktu tersebut, ia akan menggonggong sayu. Bila dan terlepas, ia akan menyalak garang.
Inil;ah pelajaran yang kita saksiskan dalam sejarah. Atas nama kebenasan ilmu, dunai akademik, kecendikawanan dan seumpamanya , ada kelompok menyeru kebebsan. Nanti bila mereka berkuasa, mereka buklan berbuat keadilan kepada pihak lawan. Akan berlaku kezaliman.
Ini membuktikan bahawa ilmu TIDAK mampu menghalang kezaliman dariada berlaku. Benarlah cetusan yang diutarakan oleh Ibn Aqil tersebut!
Pertembungan Mazhab dalam sejarah adalah bukti jelas bahawa alim ulama tidak selamat daripada berbuat zalim. ILmu mereka bukan jawapan dan penyelesaian isu kezaliman.
Kita saksikan bagaimana ulama lain hukumkan sesat ulama yang bertentangan. Bagi kalangan yang beruntung sebab ada dokongan penguasa setempat, mereka boleh naik atas membar dan melibaskan cemeti halalintar kepada lawan.
Dulu, zaman Imam Haramain, terjadi perselisihan antara Hanafiyyah Maturidiyyah dengan Syafi'iyyah Asy'ariyyah. Kerana berlaku perselisihan antara dua aliran itu, dan Hanafiyyah Maturidiyyah menguasai Iraq, Imam Haramain Abu Al- Ma'ali Al-Juwaini meninggalkan Iraq dan berpindah ke Hijaz.
Pernah ada, ulama Syaifie haramkan wanita Hanafi dikahwini kecuali dengan Qias sebagai wanita Kitabiyyah. Demikian pula, Ulama Hanafi haramkan solat dibelakang imam bermazhab Syafie.
Ini hakikat sejarah. Siapa yang belajar sejarah akan temui fakta sedemikian. Kita tidak boleh menafikan zaman gelap pertembungan mazhab.
Tidak selamat daripada fitnah yang menimpa para ulama dengan persaingan mazhab antara mereka itu melainkan mereka yang menjadi ulama yang Rabbani dan beramal dengan ilmu mereka. Ulama sedemikian ada dalam sejarah dan merekalah memberi contoh dan tauladan buat kita.
Baca: Islamonline
No comments:
Post a Comment