Sunday, August 24, 2025

Allah mudahkan jalan hidayah

 Amal soleh itu untuk pemula amatlah payah. Namun, jika sudah mula lakukan, walau mulanya dengan cara memaksa diri, ia kemudiannya akan jadi mudah. Inilah inti pemahaman ayat firman Allah SWT:

 {فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى * وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى * فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى * وَأَمَّا مَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَى * وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى * فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَى} [الليل:٥-١٠] ) .

Inilah maksud dari sabda Nabi SAW ketika melarang bersandar kepada takdir daripada berbuat amal:

اعملوا فكلٌ ميسر لما خلق له




Mulanya amat sukar bagi anda untuk duduk lepas solat Subuh berjemaah menunggu terbit matahari untuk solat dua rakaat yang ganjarannya seperti mengerjakan haji dan umrah yang sempurna. Menunggu 30 minit bagaikan penjara 30 tahun! Tapi jika sudah biasa, akan mencicipi nikmatnya.

Saya pun belum dapat merasa lazatnya itu.

Puasa Isnin dan Khamis bagi yang sidah biasa, jadi mudah buatnya. Tapi bagi yang tidak biasa, banyaklah alasannya. Banyaklah payahnya.






No comments:

Post a Comment

Allah mudahkan jalan hidayah

 Amal soleh itu untuk pemula amatlah payah. Namun, jika sudah mula lakukan, walau mulanya dengan cara memaksa diri, ia kemudiannya akan jadi...