Friday, August 22, 2025

KELEBIHAN DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH

 Sabda Nabi SAW :

الآيَتانِ مِن آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ، مَن قَرَأَهُما في لَيْلَةٍ كَفَتاهُ.

"Dua ayat daripada akhir Surah Al-Baqarah, siapa yang membacanya pada malam hari, cukuplah dua ayat itu buatnya".

Hadis ini adalah riwayat Ibn Mas'ud Uqbah bin Amru dan direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahehnya(No. 4008)  dan Imam Muslim dalam Sehehnya(No 807)

Dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah ialah:

أمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْا رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ * لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
(Al-Baqarah : 285-286)

Maksud Kafatahu dihuraikan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari dengan membawakan 7 pandangan iaitu:

i) Maksud cukuplah buat yang membacanya ialah sebagai ganti Qiamullail. Kalau pada malam itu dibacakan dua ayat itu sebelum tidur, lalu tidak bangun quamullail, maka bacaan itu menjadi galang ganti qiamullail si pembacanya.

ii)Maksudnya cukuplah sebagai ganti bacaan Quran keseluruhan.

iii) Maksudnya cukup marangkumi semua persoalan akidah kerana dua ayat ini menyebutkan dalamnya hal-hal yang mencakupi asas akidah.

iv) Maksudnya cukuplah sebagai pelindung buatnya dalam malam hari itu dari segala macam keburukan dan kejahatan

v) Maksudnya cukup sebagai pelindung daripada gangguan syaitan yang terlaknat.

vi) Maksudnya cukup sebagai pelindung dari kejahatan jin dan manusia.

vii) Maksudnya cukuplah dan memadailah dengan membaca dua ayat itu untuk meraih pahala pada malam itu dan tak perlu lagi yang lain nak buat pahala.


Intipati daripada dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah:

a) Antara kelembutan dan rahmat Allah SWT ialah tidak membebankan ummat Muhammad sebagaimana dibebankan atas ummat terdahulu. Ummat terdahulu dipikulkan syariat yang berat dan mendapat balasan atas kesalahan dan dosa secara keras daripada Allah SWT.




Catatan: Taklif adalah perintah Allah SWT yang mengandungi masyaqqah. Kerana itu apa yang disebutkan oleh sebahagian besar para ulama usul dari kalangan fuqaha dan ahlul kalam bahawa taklif adalah merujuk syariat adalah tidak tepat dan tidak pernah terbit dalam nas. Demikian perkataan Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Fatawa (Jil 1 ms 25-26). Tidak boleh dikatakan syariat dan ibadat itu sebagai taklif. Perentah syarak tidak seharusnya dikatakan taklif derana Allah menyebutkan dalam ayat "  لا يُكَلِّفُ  "  iaitu dalam bentuk penafian daripada wujudnya taklif dalam perentah syarak.

Allah menegaskan bahawa Dia tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang dia mampu. Erti tiada yang namanya taklif. Sebagai galang gantinya, perentah Allah itu lebih kepada tasyrif.

Itu adalah satu pandangan. Apapun, ia adalah khilaf. Bagi yangv mengatakan perintah Syarak adalah taklif, mereka berhujjah bahawa taklif bahawa apa yang dinafikan oleh itu terkait dengan taklif yang di luar qudrat. Maka apa yang ada adalah taklif dalam kapasiti qudray hamba. Justeru perrentah syarak  itu masih merupakan taklif tetapi dalam ruang kemampuan hamba.

Ayat yang menyebutkan " لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا  " menjadi dalil adanya taklif  dalam wus'ah hamba. 

Sila rujuk perbahasan blog ini mengenai RUKUN TAKLIF.




No comments:

Post a Comment

Ibn Umar dan Ittiba' Nabiy

Siapakah sahabat nabi yang diriwayatkan sangat berusaha mengikuti Sunnah Nabi SAW? Dia melangkah mengikut jejeka nabi SAW. Dia bernaung di b...