Antara bumi dan langit, mana yang Allah ciptakan dulu?
Terdapat perselisihan pendapat kalangan ulama dalam isu ini. Bukan sedikit kalangan ulama yang berpandangan bahawa bumi diciptakan dahulu daripada langit. Selepas langit diciptakan, barulah bumi diluaskan, dilapangkan dan diselenggara agar sesuai dijadikan tempat tinggal.Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT dalam Surah An-Nazi'at, ayat 30:
وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا
" Dan bumi sesudah itu(sesudah langit dibina)diluaskan".
Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebutkan:
ففي هذا دليل على أن دحي الأرض كان بعد خلق السماء، فأما خلق الأرض فقبل السماء بالنص، وبهذا أجاب ابن عباس رضي الله عنهما كما في صحيح البخاري عند تفسير هذه الآية في صحيحه.
Ini adalah bukti bahawa penyebaran bumi berlaku selepas penciptaan langit. Adapun penciptaan bumi, ia berlaku sebelum langit, menurut teks. Inilah yang dijawab oleh Ibn Abbas ra, sebagaimana dalam Sahih al-Bukhari ketika menafsirkan ayat ini dalam Shahihnya.
Pandangan yang sama dikongsikan oleh Ibn 'Asyur dalam tafsirnya At-Tahrir Wa At-Tanwir:
إن الأرض خلقت أولاً، ثم خلقت السماء، ثم دحيت الأرض فالمتأخر عن خلق السماء هو دحو الأرض، وهو ما ذهب إليه علماء طبقات الأرض من أن الأرض كانت في غاية الحرارة، ثم أخذت تبرد حتى جمدت وتكونت منها قشرة جامدة... ثم تشققت وهبطت منها أقسام وعلت أقسام بالضغط... ويقدرون لحصول ذلك أزمنة متناهية الطول... وقدرة الله تعالى صالحة لإحداث ما يحصل به ذلك في أمد قليل.
Bumi diciptakan dahulu, kemudian langit, kemudian Bumi dihamparkan. Apa yang berlaku selepas penciptaan langit ialah terbentangnya Bumi, yang mana ahli geologi telah membuat kesimpulan, bahawa Bumi sangat panas, kemudian ia mula sejuk sehingga ia membeku dan terbentuk kerak pepejal daripadanya... kemudian ia retak dan sebahagiannya tenggelam dan sebahagiannya naik kerana tekanan... dan mereka menganggarkan jangka masa yang panjang yang tidak terhingga untuk ini berlaku... dan kuasa Tuhan yang sesuai untuk berlaku dalam masa yang singkat.
No comments:
Post a Comment