Friday, August 22, 2025

SYARAT-SYARAT PENERIMAN HADIS AHAD DI SISI MAZHAB HANAFI

 1) Hadis itu bukan berkaitan dengan sesuatu yang orang ramai mesti mengetahuinya (bukan umum balwa).

Contoh yang dibawa adalah hadis riwayat Jabir mengenai batal wuduk disebabkan sentuh zakar  (riwayat Malik, Ahmad, Tarmizi dan Nasai) dan batal wuduk kerana makan daging unta (Riwayat Muslim)

Hujjah: Bagaimana mungkin Nabi SAW tidak sampaikan kepada ramai orang sedangkan isu ini berkaitan orang ramai. Para sahabat bukan orang yang melazimi seluar dan mereka mudah menyentuh zakar. Sementelahan bagaimana seorang perempuan iaitu Busrah bit Safwan r.a yang meriwayatkannya sedangkan hadis berkaitan lelaki??

Mengenai hadis batal wuduk sebab makan daging unta pun musykil. Kalau hal sebegini seharusnya mutawatir. Ramai sahabat yang dengar. Ini kerana makan daging unta adalah relaiti hidup masyarakat zaman nabi. Masakan nabi khabarkan kepada seorang sahaja dan hadis ini datang melalui jalan seorangh sahaja??

Perkara ini dijawab oleh Jumhur bahawa hadis di atas adalah soheh dan wajib beramal dengannya walaupun datang dengan jalan riwayat Ahad. Sorang sahaja perawi atau dua, bukan boleh menjadi justifikasi bahawa yang lain tak dengar. Para sahabat lain tidak meriwayatkannya kerana sudah ada orang meriwayatkannya. Bukan juga boleh difahami bahawa sahabat lain tidak tahu dan tidak amalkan hadis ini.


2) Hadis itu hendaklah tidak bertentangan dengan kaedah yang telah tetap dalam syarak atau dengan kata lain tidak menyalahi usul atau menyalahi qias.

Contoh hadis Ahad dalam isu ini ialah hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:


- لَا يُتَلَقَّى الرُّكْبَانُ لِبَيْعٍ، وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ علَى بَيْعِ بَعْضٍ، وَلَا تَنَاجَشُوا، وَلَا يَبِعْ حَاضِرٌ لِبَادٍ، وَلَا تُصَرُّوا الإبِلَ وَالْغَنَمَ، فَمَنِ ابْتَاعَهَا بَعْدَ ذلكَ فَهو بخَيْرِ النَّظَرَيْنِ بَعْدَ أَنْ يَحْلُبَهَا، فإنْ رَضِيَهَا أَمْسَكَهَا، وإنْ سَخِطَهَا رَدَّهَا وَصَاعًا مِن تَمْرٍ.

- Jangan bertemu penunggang untuk berjual-beli, jangan jual rendah antara satu sama lain, jangan terlibat dalam najash (eksploitasi harga), jangan menjual dari satu penduduk kepada penduduk kota yang lain, dan jangan jadikan unta dan biri-biri tidak layak untuk dijual. Sesiapa yang membelinya selepas itu mempunyai dua pilihan yang lebih baik selepas memerah susunya. Jika dia berpuas hati dengan mereka, dia menyimpannya, tetapi jika dia tidak berpuas hati dengannya, dia mengembalikannya dan memberi mereka satu sa' kurma.


Konsep urus niaga dalam kes beli kambing atau unta yang ditipu pemiliknya dengan cara menyimpan beberapa hari hingga kantong susunya sarat untuk disanka bahawa ia jenis kambing atau unta yang banyak susu. Stelah dibeli  dan diperah susu, rupanya bukan jenis yang mengeluarkan susu. Pilihan yang ada adalah tersukan jual beli atau pulangkan semua kepada penjual. Jika pulangkan semula, maka diganti susu yang diperah itu dengan secupak kurma kepada pemiliknya sebagai imbalan susu yang susu yang sudah diperah.

Apa maslah. Masalahnya jadis ini menurut ulama Hanafiah bertentangan dengan kaedah pampasan hendaklah dengan seumpama (misil) atau harga (qimah). Apasal pula susu diganti dengan tamar?

Rujuk MS 117 kitab : shamela

 

No comments:

Post a Comment

SYARAT-SYARAT PENERIMAN HADIS AHAD DI SISI MAZHAB HANAFI

 1) Hadis itu bukan berkaitan dengan sesuatu yang orang ramai mesti mengetahuinya (bukan umum balwa). Contoh yang dibawa adalah hadis riwaya...