Tokoh sebesar Ibn Taimiyyah itu , namanya disanjung pelbagai tokoh lain, tidak lepas dari serangan para musuhnya. Demikian sesama tokoh ulama, ada permusuhan. Ada kebencian dan bahkan ada fitnah menfitnah. Pada akhirnya, Allah akan mengadili masing-masing di akhirat.
Antara tuduhan ke atas Ibn Taimiyyah adalah bahawa dia mengatakan neraka itu fana' dan itu bertentangan dengan nas-nas Quran yang banyak menegaskan tentenag keabadian neraka.
Persoalan utama dan perlu diuraikan dalam permasalahan tuduhan ini ialah BENARKAH IBN TAIMIYYAH MENGATAKAN NERAKA ITU FANA?
Hal ini tidak boleh didirikan atas sangkaan pada pemahaman dari nukilan katanya. Ia juga tidak boleh disandarkan pada satu sumber karyanya sahaja kerna tokoh seunggul Ibn taimiyyah itu ada ratusan karya. Bahkan ada deretan murid-murid hebat. Semua itu perlu jadi bahan olah untuk mencari hakikat perkara.
Dalil-dalil kebadian neraka banyak dalam Quran dan hadis.
Ayat yang jadi perdebatan kalangan yang mengatakan neraka itu fana dan yang mengatakannya abadi adalah ayat 21-23 Surah An-Naba':
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَاداً * لِلْطَّاغِينَ مَآباً * لَابِثِينَ فِيهَا أَحْقَاباً
Kalimah Ahqaba membawa maksud tempoh yang panjang. Tempoh yang panjang itu menurut yang mengatakan neraka itu abadi, ialah tempoh yang tidak ada kesudahannya. Manakala uyang mengatakan neraka itu fana, tempoh panjuang itu akan berakhir juga. Itulag kefanaan neraka!
Beberapa sudut pandangan pelbagai dalam permasalahan ini:
1) Menurut Jaham bin Safwan, neraka itu musnah sendiri kerana ia adalah baharu dan setiap yang baharu ada tempoh ajalnya. Hal yang sama juga berlaku untuk syurga.
2) Menurut Abu Huzail Al-'Allaf, yang fana itu bukan neraka tetapi pergerakan neraka. Maka, Bila sampai masa fananya, ahli neraka pun menjadi benda-benda yang tidak hidup lagi dan tidak lagi merasai sengsara neraka.
7) Allah akan mengeluarkan sesiapa yang dikehendakiNya dari neraka dan membiarkan sesiapa yang Dia kehendaki dalam neraka. Kemudian, neraka itu pun dibinasakan.
4) Allah mengeluarkan sesiapa yang Dia kehendaki dari dalam neraka dan mengekalkan sesiapa yang dia kehendaki dalam neraka. Yang tinggal dalam neraka itu pun kekallah bersama dengan neraka.
Baca: Saaid .org
No comments:
Post a Comment