Sunday, May 28, 2023

Dewan para wali

Orang sufi yang hanyut dalam kesufiannya, yang baca kita-kitab orang sufi , tidak asing di kala disebutkan bahawa para wali bersidang dalam dewan para wali. Para wali akan membincangkan di dalamnya perkara-perkara yang berkaitan pentadbiran alam semesta ini dalam pertemuan dalam dewan tersebut. 

Di mana dewan itu? 

Dalam Kitab Al-Ibriz oleh Ahmad bin Mubarak, dewan itu dikatakan diadakan di gua hirak. Hadir dalam mesyuarat dewan tersebut para wali dan roh-roh serta malaikat. Nabi Muhammad SAW serta isteri-isteri baginda juga hadir. 

Dalam beberapa sumber lain disebutkan juga dewan itu kekadang dibuat di bukit Qaf. Tahukah kamu di mana bukit Qaf itu? Bukit Qaf tak ada dalam peta geografi. Ini bukit yang ada dalam alam batin. Alam yang para wali jadi pemerintahnya. Alam di mana manusia biasa jadi penguasa, gunung everestlah yang paling tinggi. Bukit Uhud, bukit Abu Qubais dan Jabal Rahmah di padang Arafah, itu biasa kita dengar. Kita boleh pergi . Di sana pun kekadang ditegakkan dewan mesyuarat para wali.

Ajaibnya, akal saintifik kita tidak dapat memikirkana bagaimana gua sempit seperti Hirak dapat memuatkan semua ahli mesyuarat yang demikian ramai. namun, seperti biasa, orang yang fikir logik dan saintifik tidak layak meladeni atau mengimani cerita-cerita mesyuarat di dewan para wali.

Ia hanya buat mereka yang cabut otaknya dan akalnya dan simpan dalam peti yang dinamakan peti ketaksuban dan kewalakan para muqallidul a'ma.


Bacaan Tambahan:Al-eman.com

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...