Sunday, May 28, 2023

Bahasa Dewan para Wali

Martabat Para Wali di sisi para Sufi.

Para wali yang digelar ghauth (1 orang pada satu zaman) , autad (4 orang dan berperanan pada setiap penjuru alam), qutub (7 orang pada 7 benua alam , abdal (40 orang yang hidup dalam dunia realiti-setiap mati seorang digantikan yang lain)dan nujaba' (300 orang dan mereka mentadbir urusan makhluk)

Para wali-wali itu sering bermesyuarat dan mesyuarat mereka dilakukan di dewan para wali. Bahasa mereka sewaktu mesyuarat itu adalah bahasa Suryani. Kecuali, semasa kehadiran nabi Muhammad SAW, maka bahasa Arab digunakan. 

Dakwaan seperti di atas boleh dirujuk dalam Kitab Al-Ibriz (ms 168) yang ditulis oleh seorang yang bernama Ahmad bin Mubarak. Teks daripada kitab tersebut menyebutkan:

سمعته ـ رضي الله عنه ـ يقول إن لغة أهل الديوان ـ رضي الله عنه ـ هي السريانية لاختصارها وجمعها المعاني الكثيرة ، ولأن الديوان يحضر الأرواح والملائكة ، والسريانية هي لغتهم ، ولا يتكلمون العربية إلا إذا حضر النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ أدبًا معه

"Aku mendengarnya ( Abdul Aziz Ad-Dabbagh R.A ?) berkata bahawa bahasa ahli dewan (redha Allah atas semuanya ?) adalah bahasa Suryani kerana ia merupakan bahasa yang menghimpunkan di dalam makna-makna yang banyak. Juga kerana dewa itu dihadiri oleh para ruh serta para malaikat. Bahasa mereka adalah bahasa suryani. Mereka tidak bercakap dengan bahasa Arab kecuali bila nabi Muhammad SAW hadir atas dasar menjaga adab dengan nabi SAW"


Beliau adalah Abu Al-Abbas Ahmad bin Mubarak bin Ahmad bin Ali bin Mubarak As-Sijilmasi Al-Lumti. Beliau adalah murid kepada Abdul Aziz Ad-Dabbagh dan menghimpunkan kalam gurung=ya itu dalam kitabnya yang bernama Al-Ibriz min kalami saidi Abdil aziz. Beliau hidup antara tahun 1090H hingga 1156H =1679 hingga 1743M


Contoh bahasa Suryani adalah seperti yang disebutkan dalam Hizib As-Soghir oleh Sidi Ibrahim Ad-Dusuqi. Dalam Hizib tersebut ada disebutkan:


أحمي حميثا أطمي طميثا
(Cara sebut: Ahma hamithan Atma Tomithan)


Ahmad bin Mubarak menyebutkan dalam kitabnya Al-Ibriz bahawa ada seorang pedagang dari Tilmisan, Maghribi, bernama Sidi Abdurrahman bin Ibrahim  menyebutkan bahawa saudaranya yang bernama Ahmad bin Ibrahim enggan mengamalkan doa yang diajarkan oleh Sidi Ibrahim Ad-Dusuqi kerana tidak memahami perkataan di atas. Lalu ditanya kepada Ahmad bin Mubarak dan dia pun bertanya kepada Abdul Aziz Ad-Dabagh. Maka diberitahu bahawa ia adalah bahasa Suryani yang bererti:

Ahma : Wahai raja 

-يا مالك الملك العظيم الأعظم الحي القيوم

Hamithan: (Menunjukkan kerajaan Allah)

يا مالك الأسرار، يا مالك الأنوار، يا مالك الليل والنهار، يا مالك السحاب المدرار، يا مالك الشموس والأقمار، يا مالك العطاء والمنع، يا مالك الخفض والرفع، يا مالك كل حي، يا مالك كل شيء، وفي هذا الإسم سر عجيب لا يطيق القلم ولا العبارة تبليغه أبدا.

Atma: Mewakili sifat keagungan. kibriya', Qahhar, Ghalib, Izzah dan Infirad Allah SWTdalam sifat-sifat tersebut. Diungkapkan untuk memaknainya dengan kata:

يا عالم كل شيء، يا قادرا على كل شيء، يا مريد كل شيء، ويا مدبر كل شيء، ويا قاهر كل شيء، ويا من لا يتطرق إليه عجز ولا يتوهم في تطرقه نقص.

 Manakala Tomithan pula bermaksud: ia merujuk kepada sesuatu yang Allah SWT tasarruf padanya dan segala mumkinat yang yang Allah SWT lakukan mengikut kehendaknya.

Pada nama-nama yang disebutkan dalam rangkai kata ini tidak mampu dakwat menulisnya kerana terlalu luas penngertiannya.

Catatan penulis: Makna-makna di atas adalah penjelasan oleh Abdul Aziz Ad-Dabbagh seperti yang direkodkan oleh Ahmad Mubarak dalam kitab Al-Ibriz. Perkatannya dalam bahasa Suryani. Ad-Dabbagh yang dicatatkan oleh sejarawan sebagai seorang yang buta huruf tetapi ada karamah kewalian yang luar biasa menjelaskan erti daripada kata-kata Suryani itu. Siapa tahu? Siapa belajar bahasa Suryani. Bahasa klasik yang sudah tidak lagi dipertuturkan orang.

Mengikut rekod, bahasa ini sudah hampir pupus dan hanya ada sekitar 500 penutur yang kini menghuni satu kawasan di dalam negeri Syria. Sementelahan, bahasa Suryani menajdi bahasa yang popular di kalangan penyembah jin dan dan berhala serta bintang-bintang.

Kalau ada orang dakwa dia faham bahasa Suryani, bagaimana kita mahu mengesahkannya. Kalau dia berikan dia kata bahaw aperkataan ini bahasa Suryani dan maknanya begini dab begitu, apa daya kita untuk menjawabnya. Boleh jadi orang itu hanya bertaqawwul (ada-adakan cerita) dan apakah mungkin dia benar? Ini sangat sulit untuk ditetapkan.

Daripada kita sibu menghafal kata-kata Suryani, baik kita hafal kalam nabi SAW. Itu lebih selamat!








No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...