Surah Al-Kauthar menjadi bukti kemukjizatan Al-Quran. Ia menyatakan khabar Ghaib yang kemudiannya menjadi kenyataan. Dari segi akar kata, kauthar terbit daripada kalimah kathrah yang bermaksud banyak. Allah menyatakan bahawa Dia telah brikan nabi SAW kauthar. Dari segi perkaitan dengan makna linguistik, kauthar membawa mesej banyak. Allah berikan nabi SAW banyak. Apa yang banyak? Auat ini diturunkan dalam masa nabi dan orang Islam ada kelompok minoriti. maka, banyak yang sesuai direlasikan adalah banyaknya pengikut. Maka, kemudiannya, janji Allah itu menjadi kenyataan. Pengikut nabi Muhammad pun bertambah dan terus bertambah hingga hari ini. Maka "kauthar" dalam pengertian pertama adalah pengikut yang ramai.
Makna kedua bagi Al-Kauthar adalah sebuah telaga dalam syurga. Ia ditafsirkan oleh nabi SAW sebagaimana dinyatakan dalam Saheh Muslim dalam hadis riwayat Anas bin Malik:
No comments:
Post a Comment