Tuesday, January 10, 2023

NUKILAN IBN ABIDIN TENTANG HUKUM BELAJAR SIHIR

 Menurut Ibn Abidin dalam hasyiahnya, (Raddul Mukhtar 'Ala Ad-Durril Mukhtar) belajar ilmu sihir dibenarkan. Katanya:

 تعلمه فرض لرد سحر أهل الحرب، وحرام ليفرق بين المرأة وزوجها، وجائز ليوفق بينهما


"Mempejarinya (ilmu sihir) adalah fardu untuk melawan sihir orang kafir harbi, tetapi haram jika hendak memisahkan seseorang wanita daripada suaminya dan harus jika hendak menyatukan suami suami dengan isterinya"

Pandangan yang mengharuskan belajar sihir bertentangan dengan pandangan ramai kalangan ulama yang mengharamkan berdasarkan dalil-dalil Quran. 
Umpamanya menerusi firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102:


وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ 


Dalam ayat di atas , Allah menyifatkan belajar sihir itu sebagai kufur. Kata Al---Baji dalam Syarah Muwatto'': "Maka jangan kamu kufur" maksudnya kufur dengan sebab belajar sihir. 

Ibn Qudamah dalam Al-Mughni menjelaskan maksud ayat itu dengan katanya: Sesungguhnya kami ini ujian buat kamu , maka janganlah kamu kufur, yakni jangan kamu belajar sihir, kelak kamu akan jadi kufur disebabkan mempelajari ilmu sihir.


Catatan:

Nama penuh Ibn Abidin ialah Muhammad Amin bin Umar bin Abdul Aziz Abidin Ad-Damsyiqi (1158-1252H) merupakan seorang ulama fekah negeri Syam dan tokoh besar dalam Mazhab Hanafi pada zamannya. Beliau juga pengikut Tariqat Naqsyabandi melalui gurunya yang bernama Khalid Naqsyabandi. Pada hari gurunya meninggal, dia yang mengimamkan solat jenazahnya dna beliau telah menulis satu risalah memuji gurunya itu yang dinamakan "Sallul Husam Al-Hindi"

Beliau mulanya bermazhab Syafie, tetapi kemudiannya bertukar kepada mazhab Hanafi

No comments:

Post a Comment

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...