Wednesday, May 20, 2026

POKOK YANG DILAKNAT

Apakah pokok terlaknat itu?

Allah SWT befirman:

وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ

(al-Isrā’: 60)

Ibn Abbas menafsirkan bahawa ia berhubung apa yang diperlihatkan kepada  Nabi SAW pada malam Israk Mikraj

Demikian pula pokok terlaknat itu ditafsirkan Ibn Abbas sebagai pokok Zaqum.

Ianya sebagaimana Firman Allah SWT:

 إِنَّ شَجَرَةَ الزَّقُّومِ * طَعَامُ الْأَثِيمِ
"Sesungguhnay pokok Zakum, itulah makanan buat kaum pendosa"
(Ad-Dukhan: 43-44)

Jumhur Mufassirin mengatakan bahawa pokok yang terlaknat dalam ayat 60 Surah Al-Israk itu merujuk kepada pokok yang tumbuh dalam neraka dan menjadai makanan ahli neraka. Maksud yang dilaknat itu adalah pemakannya.

Ibn Kathir menyebutkan dalam tafsirnya riwayat yang disifatkannya daif dan gharib -bahawa pokok terlaknat itu adalah Banu Umayyah.

Perawi yang tidak boleh diterima kerana majhul, tidak tsiqah dan matruk membawakan hadis-hadis yang memburukkan Saidina Mua'wiyah.

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya tidak akan sanggup menerima tafsiran sebegini. Ini Kerana berapa ramai anggota Bani Umayyah adalah sahabat dan orang mulia. 

a) Ummu Habibah bt Abu Sufyan, isteri nabi dan merupakan salah seorang Ummahatul mukminin.

b) Uthman bin Affan, sahabat besar Nabi SAW adalah kalangan Bani Umayyah.

c) Umar Abdul Aziz seorang khalifah Bani Ummayyah yang adil dan dikenang dengan keadilannya, bapanya Abdul Aziz adalah saudara kepada Marwan bin Al-Hakam

d) Dari tahun 41H, wilayah Islam tersebar sampai ke India, Cina dan ke persisiran laut Atlantik. Siapa yang menerajuinya? Bani Umayyah...

e) OrangYang membuka Andalus adalah Abdurrahman Ad-Dakhili daripada keturunan Banu Umayyah.

Bagaimana nak diterima tafsiran penuh kebencian puak sebegini ? Umayyah itu sendiri adalah anak kepada Abdus Syams bin Abdul Manaf. Abdus Syams adalah saudara kepada Hasyim, datuk Nabi SAW yang kedua. Bagimana daripada pokok nasab mulia ini boleh muncul pokok nasab yang terlaknat. Kalau ada nasab yang dianggap pokok terlaknat, itu lebih layak disandarkan kepada pokok nasab keturunan yang melahirkan yakjuj makjuj. Paling tidak pun ia lebih layak buat keturunan yang melahirkan kaum bangsa lain dan bukan Quraisy! Itupun kalaulah pokok terlaknat nak dipaksa merujuk kepada keturunan seseorang....

Sesungguhnya, musuh Islam ingin menyerang Nabi SAW. Namun mereka tidak berani dan tak mahu dilihat temberang mereka. Maka diseranglah orang-orang sekitar Nabi SAW. Mereka tohman kerabat Nabi . Mereka lebelkan yang buruk-buruk buat sahabat Nabi. Mereka Tempelkan gelaran keji buat musoharah Nabi SAW dan Bani Hasyim. Ketahuilah bahawa tiada keturunan yang banyak musoharah dengan Bani Hasyim kecuali Bani Umayyah!

Tempat terbit semua ini adalah Syiah Rafidhoh yang menjadi kubangan najis berkumpulnya para hatred Islam.


No comments:

Post a Comment

Tiada manusia sempurna

  وَمَنْ ذَا الَّذِي تُرْضَى سَجَايَاهُ كُلُّهَا؟ كَفَى الْمَرْءَ نُبْلًا أَنْ تُعَدَّ مَعَايِبُهُ   "Siapakah orang yang semua sif...