Sebuah Syair yang dinisbahkan kepada Ahmad Syauqi, seorang penyair dari Mesir berbunyi:
Maksud Syair di atas ialah:
"Sesungguhnya kerinduan telah membangkitkan kerinduanku, lalu kerinduanku semakin rindu kepadamu.
Maka apakah kerinduanmu juga telah membangkitkan kerinduan sebagaimana kerinduanku terhadapmu?
Seandainya kerinduanmu membangkitkan gelora rindumu seperti kerinduanku, maka ketahuilah kerinduanku tetap lebih dahsyat dan lebih mendalam daripada kerinduanmu."
Siapakah Ahmad Syauqi?
Lahir dari seorang ayah berketurunan Kurdi dan ibu pula berketurunan Turki-Yunani.
Beliau merupakan seorang penyair asal Mesir yang lahir pada tahun 1868 dan meninggal pada 14 Jamadil Akhir 1451H bersamaan tahun 1932M. Pada masa itu Mesir dibawah pemerintahan keluarga Alawiyyah. Raja pada masa dia membesar dan belajar adalah Ismail Pasha iaitu sehingga Ahmad Syauqi menjelang umur 15 tahun.
Mesir pada fasa ini diperintah oleh para Khedive yang merupakan penguasa Mesir yang mendapat aotonomi daripada khalifah Othmaniyyah. kata Khedive adalah asal bahasa Parsi yang membawa maksud tuan, penguasa, raja atau pemerintah.
Pada masa pemerintahan Abbas II Helmy, Ahmad Syauqi jadi penyairnya dan dia digear Sya'irul Amir yang mana kemduian popular dengan Amirus Syu'araa.
Pada tahun 1914, meletus perang Dunia Pertama. Khedive Abbas II saat itu berada di Turki. Penjajah Inggeris menghalangnya balik ke Mesir. Hussain Kamil dilantik menggantikannya. Penjajah Inggeris mengambil langkah menyingkirkan semua pegawai yang berada di bawah Khedive Abbas II. Termasuklah Ahmad Syauqi yang sebelumnya merupakan penyair pemerintah. Dia dibuang negeri ke Spansyol. Di sana dia menulis qasidahnya "rehlah ke Andalus". Selama di Spanyol, dia belajar bahasanya dan banak melawati kesan-kesan pemerintahan ISlam di sana .
Pada tahun 1920, Ahmad Syauqi balik ke Mesir. Kepulangannya disambut oleh penyair besar Mesir kala itu Hafiz Ibrahim. Ketika itu perjuangan kemerdekaan semakin kuat dan dia banyak melontarkan syair perjuangan pembebasan Mesir.
Pada tahun 1927, satu perhimpunan para penyair diadakan di Dar Ubira (Gedung Opera di Kaherah Mesir). Di situ Ahmad Syauqi diiktirah di depan para penyair yangd atang daripada pelbagai negeri Arab sebagai Amirus Syu'ara (raja para penyair). Penyair Hafiz Ibrahim sendiri memainkan peranan pentimng dalam menunjukkan Ahmad Syauqi sebagai Amirus Syua'ara.
Setanding dengan Burdah Al-Busairi, Ahmad Syauqi melahirkan Nahjul Burdah dalam mengungkap pujian buat Nabi Muhammad SAW.
Dikatakan bahawa Ahmad Syauqi seorang yang punya nuasa kepenyairan Muslim namun dia bukanlah multazim. Dengan kata lain, dari syair-syairnya boleh dilihat pendiriannya terhadap agama Islam. Cara beragama seperti ini disebut tawajjuh Wujdani. Orang seperti ini tidak kuat dari segi amalan seperti solat , puasa dan sebagainya.
Orang sepertinya ada iman tapi iman wujdani. Dinamakan sesetengah orang atasnya Mukmin wujdani. Dia ta'asub dengan syairnya. Tapi dia menzahirkan takzimnya kepada Nabi Muhamamd melalui syairnya. Dalam masa yang sama tak solat, tak puasa dan kekadang minum arak.
Diceritakan bahaw aSyeikh Mutawalli Sya'rawi satu ketika bertsama dua rakannya dari Azhar pergi bertemu Ahmad Syauqi di kasino Bulbul yang tempat lepaknya Ahmad Syauqi. Dia mahu tanya Ahmad Syauqi, bahagimana dia sanggup mengungkapkan syair yang berbunyi:
رمضانُ وَلّى هاتِها يا ساقي
مُشتاقٌ يسعى إلى مُشتاقِ
Maksudnya:
"Ramadan telah berlalu, bawalah minuman itu wahai saqi (juru tuang arak);
seorang yang rindu sedang menuju kepada sesuatu yang dirinduinya."
Syair itu kontradik dengan syairnya yang memuji Rasul dan Islam. Maka Ahmad Syauqi menjawab soalan Syeikh Mutawalli dengan mengatakan jawapannya adalah di akhir surah As-Syua'raa yang mana difahami bahawa Ahmad Syauqi kata tapi tak buat. Dia nampak macam puji surah bawa arak untuk diminum selepas Ramadhan berakhir, tapi dia tak buat pun macam tu.
Perhatian: Setelah semakan, riwayat cerita Syeikh Mutawalli Sya'rawi dengan Ahmad Syauqi ini meragukan kerana waktu matinya Ahmad Syauqi, umur Syeikh Mutawalli Sya'rawi baru sekitar 20 tahun.
No comments:
Post a Comment