Sunday, May 31, 2026

Tinggalkan sebelum disingkir

 Satu kata hikmah dalam bahasa Arab berbunyi:

ِإذا رأيتَ الودَّ ينقصُ فلا تُلِحُّ في الطلب

"Apabila engkau melihat kasih sayang semakin berkurang, janganlah terlalu memaksa untuk menuntutnya."


Kata-kata hikmah ini menekankan soal menjaga maruah diri lebih utama daripada mendapat sesuatu dengan cara merendahkan harga diri, membuat pujian berlebihan kepada orang yang diminta serta menjilat. Walau yang diminta itu sesuatu yang baik, ia tidak harus diperolehi dengan mengorbankan harga diri. 

Ini selari dengan apa yang diungkapkan oleh Ahmad Syauqi dalam syairnya:


هجرت البعض طوعا لأنني رأيت قلوبهم تهوى فراقي
نعم أشتاق لكن وضعت كرامتي فوق اشتياقي
وأرغب وصلهم دوما ولكن طريق الذل لا تهواه ساقي

"Aku meninggalkan sebahagian orang dengan kerelaanku sendiri, kerana aku melihat hati mereka memang menginginkan perpisahanku."
"Ya, aku merindui mereka, tetapi aku meletakkan maruahku di atas kerinduanku."
"Aku sentiasa menginginkan hubungan dengan mereka, tetapi kakiku tidak suka menempuh jalan kehinaan."

Mengambil jalan bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada , itu adalah cara orang mulia. Cara ornag beriman kepada Allah SWT. Sebab itu, ada athar sahabat daripada Ibn Mas'ud menyebutkan:

الإيمان نصفان: نصف صبر ونصف شكر
Iman itu ada dua pecahan: Sabar dan suykur.



Jangan tunggu orang sudah jemu dengan kita baru kita nak berambus. Sebelum sampai masa orang sudah meluat dengan kita, kita carilah jalan meninggalkan mereka. Meninggalkan emreka saat mereka mencintai kita, merindui kita dan mahu dekat dengan kita, itulah jalan menjaga karamah diri.

Sehingga Imam  Bukhari dalam Adabul Mufrad menyebutkan tentang jaga maruah diri ini:


إذا طلب أحدكم الحاجة فليطلبها طلبا يسيرا ، فإنما له ما قدر له ، ولا يأتي أحدكم صاحبه فيمدحه ، فيقطع ظهره

"Apabila salah seorang daripada kamu meminta sesuatu hajat, maka mintalah dengan cara yang sederhana. Sesungguhnya dia hanya akan memperoleh apa yang telah ditakdirkan baginya. Dan janganlah seseorang datang kepada sahabatnya lalu memujinya (untuk mendapatkan sesuatu daripadanya), kerana itu mematahkan belakangnya."

Maksud patah belakang itu adalah bahana buat orang yang dipuji dan juga buat yang memuji. Yang dpuji jadi rosak dengan timbulnya rasa ujub , takbur atau semacamnya. Yang Memujki pula akan hilang kemuliaan diri di mata orang yang melihatnya.







No comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebelum disingkir

 Satu kata hikmah dalam bahasa Arab berbunyi: ِإذا رأيتَ الودَّ ينقصُ فلا تُلِحُّ في الطلب "Apabila engkau melihat kasih sayang semakin...