Saturday, May 2, 2026

SERANGAN MUKTAZILAH ATAS HADIS RU'YAH DAN JAWAPAN BALAS

Golongan Muktazilah menolak hadis yang dilihat bertentangan dengan Al-Quran dan tidak selari dengan akal. Antaranya adalah hadis yang menyebutkan bahawa Allah akan dilihat di akhirat.

Dalam hadis Saheh Bukhari , riwayat Jarir bin Abdullah :


كُنَّا عِندَ النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، فنَظَرَ إلى القَمَرِ لَيلةً -يَعني البَدرَ- فقال: إنَّكُم سَتَرَونَ رَبَّكُم كما تَرَونَ هذا القَمَرَ، لا تُضامُّونَ في رُؤيَتِه، فإنِ استَطَعتُم أن لا تُغلَبوا على صَلاةٍ قَبلَ طُلوعِ الشَّمسِ وقَبلَ غُروبِها فافعَلوا، ثُمَّ قَرَأ: {وسَبِّح بحَمدِ رَبِّكَ قَبلَ طُلوعِ الشَّمسِ وقَبلَ الغُروبِ} [ق: 39] ، قال إسماعيلُ: افعَلوا لا تَفوتَنَّكُم.

“Kami pernah berada bersama Nabi ﷺ. Lalu Baginda melihat ke arah bulan pada suatu malam — yakni bulan purnama — kemudian Baginda bersabda:

‘Sesungguhnya kamu semua akan melihat Tuhan kamu sebagaimana kamu melihat bulan ini. Kamu tidak akan berasak-asak atau bersesak dalam melihat-Nya. Maka jika kamu mampu untuk tidak terlepas daripada solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, maka lakukanlah.’

Kemudian Baginda membaca ayat:

 وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ 
“Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya.”
(Surah Qaf: 39)

Ismail berkata:
‘Lakukanlah, jangan sampai kamu terlepas kedua-dua solat itu.’”

Muktazilah melihat hadis ini sebagai hadis tasyhbih kerana dalamnya ada kalimah sepertimana kamu melihat bulan. 

Tokoh besar muktazilah, Al-Qadhi Abdul Jabbar ketika memberi alasan menolak hadis ini ialah kerana hadis ini ada unsur tasyhbih khaliq dengan makhluk sedangkan Allah dengan makhluk tidka boleh diserupakan. Beliau juga beralasan bahawa hadis ini adalah hadis ahad yang mana hanya diriwayatkan secara sendirian oleh Jarir bin Abdullah.

Kedua-dua alasan ini dibantah oleh ulama ahli Sunnah dengan mengatakan  bahawa tasybih dalam hadis bukan antara yang lihat yakni Allah dan bulan tetapi tasybih antara dua perbuatan melihat. Melihat buklan dan melihat Allah! Maka, tidak timbul soal tasybuih khalik dengan makhluk!

Sementara hadis ini pula bukan cuma diriwayatkan oleh Jarir seorang. Ada lebih lebih 30 sahabat yang meriwayatkannya. Riwayat Abu Sa'id dan Abu Hurairah lebih masyhur berbanding Jarir .

Antara hujah menolak penafian ru'yatullah oleh muktazilah ini ialah:

1) Nabi Musa minta melihat Allah SWT. Para nabi tidak akan minta yang mustahil atau pemintaan kufur. Apabila Allah mengatakan " kamu TIDAK AKAN MELIHATKU", ia bermaksud bukan tidak melihat selama-lamanya. Ya...di dunia maku tidak akan melihatku tetapi di akhirat boleh lihat. Kata "Lan" bukan tifid lil abad dalam semua keadaan. Ambil misalnya firman Allah SWT: ولن يتمنوه أبداً  yakni orang Yahudi tidak ingin mati. Namun, itu di dunia sahaja. Di akhirat, dalam neraka , ahli neraka mahu mati!


2) Menetapkan rukyatullah bermakna mengagungkan sifat paling sempurna yang ada pada segala maujud. Ia hanya ada pada Allah SWT. Menafikan adanya keadaan paling sempurna itu adalah termasuk dalam ta'til.



No comments:

Post a Comment

SERANGAN MUKTAZILAH ATAS HADIS RU'YAH DAN JAWAPAN BALAS

Golongan Muktazilah menolak hadis yang dilihat bertentangan dengan Al-Quran dan tidak selari dengan akal. Antaranya adalah hadis yang menyeb...