Wednesday, April 29, 2026

NIKMAT SIHAT BESAR NILAINYA

Tatkala seseorang sakit, tika itu dirasakan nikmat sihatlah yang paling besar. Tak guna kaya kalau sakit. Tak guna masa lapang yang banyak kalau sakit. Jadi muda belia dengan wajah handsome dan tubuh sado pun tak aa guna kalau sakit. Bahkan hidup pun kekadang jadi tak berguna kalau sakit. Hidup dirasakan bebana dan mahu mati sahaja kerana sakit.

Nikmat sihatlah paling besar antara semuanya. Sakit akan memadamkan semua erti nikmat yang lain. Sakit yang teruklah maksud saya. Kalau setakat sakit sikit-sikit, boleh dibuat perbandingan. Setakat sakit gigi, sakit bisul, demam, sakit mata sakit gigi dan semacamnya, mungkin boleh dilawan dengan nafsu kekayaan, kemudaan, masa lapang dan kehidupan itu sendiri. Bayangkan, kalau sakit sampai terlantar dan makan minum pun disuapkan orang, terlantar di atas pembaringan, baru boleh rasa tak guna nikmat-nikmat yang lain. 

Wang berjuta tak ada maknanya. 

Muka lawa tiada faedahnya

Yang diimpikan hanyalah sihat.

Oh sihat....di mana kau? Itu sahaja yang dicari.

Terima kasih ya Allah kerana berikan saya sihat sekadar hari ini dan pada kadar yang ada.

No comments:

Post a Comment

NIKMAT SIHAT BESAR NILAINYA

Tatkala seseorang sakit, tika itu dirasakan nikmat sihatlah yang paling besar. Tak guna kaya kalau sakit. Tak guna masa lapang yang banyak k...