Kata hukama:
إذا لم تجد لك حاقداً فاعلم انك إنسان فاشل
Jika kamu tidak mempunyai orang yang membencimu/dengki kepadamu, maka ketahuilah bahawa kamu seorang yang gagal.”
Maka, jika dibenci orang, jangan gundah. Mereka yang membencimu itu adalah didorong olejh kedengkian mereka terhadap pencapaianmu. Jangan terpesona demngan orang yang kononnya bersih dan disayangi semua orang. Itu bukan lambang kejayaannya. Itu satu kegagalan.
Kau berjaya , menang, dan berkesan dengan keberadaanmu jika engkau dibenci dan dicemburui!
Seorang tokoh imam dalam Islam, tatkala dia diserang oleh orang yang marah kepadanya dan menuduhnya menunjuk-nunjuk atau riyak, dia tidak marah. Dia tak melenting. Dia tak balas serangan itu bahkan dia menjawab dengan penuh insaf:
"Ohh...tak pernah ada orang kenal aku kecuali engkau",
Maksudnya, tgerima kasih lah sebab engkau menceritakan tentang aku yang mana orang lain tak tahu. Orang lain tak kenal aku , hanya engkau yang kenal aku.
Demikian jawapan ulama rabbani. Bandingkan dengan jawapan kita kalau kena attack sdemikian.
No comments:
Post a Comment