Monday, May 11, 2026

Handstand dan cara jalan ahli neraka

 Apa yang harus aku nasihatkan buat menghentikan trend yang melanda sekolah-sekolah dewasa ini. Trend 'handstand'. Aku tidak tahu bagaimana trend ini boleh jadi ikutan murid-murid. Namun, dalam zaman yang dikuasa media sosial ini, tentulah dari sana datangnya sumber ikutan murid-murid. Pengalaman sebelum ini menunjukkan kepada kita bahawa penyebaran trend, budaya dan fenomena baru adalah melalui gerbang media sosial.

Handstand  adalah aksi menajdikan kepala ke bawah dan dua tangan bertindak sebagai kaki. Dua kaki diangkat ke atas. Entah untuk apa dilakukan sedemikian. Bagaimana asal-muasal trend tersebut muncul. 

Namun, aku ingin menyatakan bahawa Allah SWT telah menjadikan kita berjalan di atas dua kaki dan bukan berjalan tunggang kepala ke bawah. Dalam Al-Quran Allah menyatakan dalam Surah An-Nur ayat 45:

 وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِّن مَّاءٍ ۖ فَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَىٰ بَطْنِهِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَىٰ رِجْلَيْنِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَىٰ أَرْبَعٍ ۚ يَخْلُقُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Dan Allah menciptakan setiap makhluk yang melata daripada air. Maka sebahagian mereka berjalan atas perutnya, dan sebahagian mereka berjalan atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan atas empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.”


Allah berikan kita nikmat dua kaki. Maka manfaatkan dua kaki tersebut  sebagai fitrah kejadian Tuhan. Jangan menyongsang dan meilih cara jalan kaum yang dikutuk. Jalan kepala ke bawah adalah hukuman buat ahli neraka di akhirat. Allah berfirman:

الَّذِينَ يُحْشَرُونَ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ إِلَىٰ جَهَنَّمَ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ سَبِيلًا

“Orang-orang yang dihimpunkan atas wajah-wajah mereka menuju ke Jahannam, mereka itulah seburuk-buruk tempat dan paling sesat jalannya.”
(al-Furqan: 34)


Maka....wahai murid-murid sekalian. Tak usah berbangga dengan trend handstand itu. Itu adalah cara berjalan ahli neraka. Jalanlah cara jalan ahli syurga. Antara dua cara jalan itu anda pilih yang mana. Ingat...siapa yang menyerupai satu kaum, dibimbangi mereka dari kaum tersebut. 

Apa yang paling utama trend handstand itu mendatang mudarat kepada diri. Bayangkan, semasa melakukan aksi tersebut, tangan terseliuh dan tersilap gerak kepala boleh jatuh ke lantai dan membawa bahaya yang lebih besar. Patah tengkuk. Dari hidup sihat sejahtera, dapat musibah. 

Sebab itu aksi handstand perlu ditinggalkan. Alasannya:
1) Ia membahayakan fizikal yang sihat
2) Ia meniru cara yang digambarkan sebagai situasi golongan ahli neraka di akhirat
3) Ia tidak menggambarkan akhlak seorang muslim 


No comments:

Post a Comment

Handstand dan cara jalan ahli neraka

 Apa yang harus aku nasihatkan buat menghentikan trend yang melanda sekolah-sekolah dewasa ini. Trend 'handstand'. Aku tidak tahu ba...