Saturday, December 31, 2022

KEPINCANGAN TASAWWUF

Menurut Abdurrahman Al-Khaliq dalam kitabnya, Fadhaih As-Suffiyyah, Tasawwuf adalah sebuah lautan yang bergenangan dengan kumbahan kotor. Dalamnya terkumpul segala macam kekufuran dan zindik yang ada dalam falsafah hindu,  Majusi dan Yunani. Dalamnya ada tipudaya Qoramitah dan puak-puak Batiniyyah, khurafat para ahli kurafat, penipuan para dajjal dan juga aneka macam wahyu kesyaitanan. Semua itu boleh dilihat dalam perkembangan Tasawwf, ilmunya, prinsipnya dan kasyafnya. Apa sahaja akidah kufur yang kau gambarkan dalam zihinmu, kau akan temui dalam dunia tasawwuf bermula daripada menisbahkan ketuhanan (Uluhiyyah) kepada makhluk hinggalah menjadikan makhluk sebagai "Ain" Allah yang maha Satu. 

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Abdurrahman Al-Khaliq setelah beliau mengkaji ilmu tasawwuf dan pemikiran ahi sufi  yang berkembang dalam sejarah Islam. Tentu rumusan beliau ini menyakitkan dan menimbulkan kegalauan yang sangat memanikkan bagi pencinta ilmu tasawwuf. 

Namun, jika tasawwuf yang kita fahami dalam kerangka para salafus soleh, ia tentu tidak termasuk dalam apa yang digambar dan disimpulkan oleh penulis kitab ini. Tasawwuf dalam bentuk tazkiyatunnafsi, membina jati diri yang kuat menghadapi pesona dunia serta bertekhalluq dan akhlak yang mulia. Tanpa filsafat tasawwuf, ilmu tasawwuf adalah ilmu yang mulia dan suci. Ilmu para nabi dan salafus soleh.

Hanya disayangkan, telah datang walijah yang mencemarkan keseluruhan tasawwuf hingga sukarlah menyuluh kejernihan jalan Rasul dan Salafus Soleh dalam kesufian pada hari ini.

Kita ringkaskan beberapa hujahan beliau dalam kitabnya tersebut dan kita fikirkan. Kita buang ketaksuban  firqah dan carilah kebenaran :

Beliau menyenaraikan perbezaan antara Islam dengan tasawwuf:

1) Sumber Islam dalam akidah dan syariat adalah Al-Quran dan Hadis, namun dalam tasawwuf mereka menjadikan kasyaf para wali, mimpi, pertumuan barzakhiyyah dengan orang yang sudah mati, pertemuan dengan nabi Khaidir dan membaca Luh Mahfuz serta mengambil ilmu daripada jin-jin yang disebut sebagai Ruhaniyat sebagai seumber dalam beragama.

2) Akidah tasawwuf ada konsep Al-Hulul yang pernah dianuti oleh Hallaj dan Wihdatul Wujud yang dikembangkan oleh Ibn Arabi, Ibn Sab'in, At-Tilmisani, Abdul Karim Al-Jili,  Abdul Ghani An-Nablusi dan ramai tokoh-tokoh sufi hingga kini.

3) Akidah tasawwuf mengenai kedudukan para Rasul yang tidak mencapai darjat para wali.

4) Tasawwuf memumpunyai kepercayaan melampau tentang wali di mana wali-wali ada kerajaannya dan mereka ada hak tasarruf (menguruskan) ke atas alam semesta ini.

5) Tasawwuf meremehkan syurga yang Allah sediakan dan mendakwa buat amal kerana syurga adalah mengurangkan darjat. Syurga pada golongan tasawwuf adalah mencapai darjat fana. Neraka pula bagi mereka tidak perlu ditakuti. Seorang sufi tidak takutkan neraka dan neraka serta syurga sama sahaja nikmatnya!

6) Ramai kalangan Sufi yang melihat Iblis sebagai hamba yang paling sempurna imannya kerana dia enggan sujud kepada selain Allah. Sementara Firaun pula adala Seafdhal-afdhal orang yang bertauhid kerana dia pernah berkata : Ana Rabbukumul A'la. Ini menjadi dalil bahawa dia mencapai hakikat bahawa semua yang wujud adalah Allah belaka.

7) Kalangan sufi mempunyai konsep ibadat yang berbeza dengan apa yang dikenali dalam Islam. Ibadat solat, puasa, haji dan zakat itu adalah ibadat orang awam. Mereka  mencapai darjat khusus dan ada ibadat dalam bentuk yang lain seperti zikir, khulwat dan haflah-haflah yang tertentu.

8) Halal dan haram kalangan ahli sufi tidak sama dengan apa yang ada dalam syariat Islam. Sebab itu ada sufi yang telanjang, minum arak dan menyetubuhi keldai .Semua itu kerana mereka ada syariat yang lain daripada syariat Muhammad SAW.

*Sesiapa yang membaca kisah-kisah ahli sufi akan temui fakta ini.

9) Kalangan sufi menolak menentang kejahatan pemerimntah yang zalim dan mengajar untuk redha dengan ketentuan Allah SWT.

10) Tarbiah tasawwuf memandulkan akal dan menghilangkan fungsinya. Seorang yang masuk tariqat tidak boleh keluar sama sekali dari tarikat itu dan hendaklah taat sepenuhnya kepada syeikh tariqat seperti mayat di depan tukang mandi!


Inilah perkara-perkara pokok yang perlu menjadi fokus ketika hendaklah bermujadalah dengan para pentaksub kesufian. 

Abdurahman Al-Khaliq menasihatkan agar jangan disibukkan dengan  menegur perkara furuk  dan syakliyyat yang para sufi lakukan. Apa yang perlu dipersoalkan kepada mereka ialah apakah sumber ambilan dalam agama Islam yang meraka anuti? 

Untuk dapat penjelasan yang lebih panjang mengenai apa yang tersimpan dalam khazanah pemikiran Sufi, Syaikh Abdurrahman Al-Khaliq telah huraikan dengan panjang lebar dalam Kitabnya " Al-Fikru As-Sufi". Sila rujuk dan baca.

Cari ilmu dan kebenaran dan buangkan ketakutan . Pecahkan taboo dan kemandulan akal.



No comments:

Post a Comment

SYARAT-SYARAT SESUATU BANGUNAN DINAMAKAN MASJID

 Mengetahui sesuatu bangunan itu masjid atau tidak , penting untuk menjelaskan kekeliruan mengenai status surau yang berlembak dalam negara ...