Sunday, September 10, 2023

MARTABAT ZUHUD

Ibn Qayyim dalam madarijus salikin membawa perumpamaan mengenai sekeping hati dalam perjalannya menuju Allah. Ia adalah umpama seekor burung. Kepala burung itu adalah mahabbatullah (cinta kepada Allah)dan  khauf (takut) serta raja' (harap) adalah dua sayapnya. Jika kepala dan sayap elok, maka eloklah terbangnya. Jika kepala putus, matilah burung itu. Jika mana-mana dua sayapnya patah, luka atau seumpamanya, maka tidaklah dapat ia terbang dan jadilah ia mangsa kepada buruan atau jatuh terhempap ke bumi.




Zuhud , sebagaimana didefinisikan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya madarijus Salikin (mengambil kalam gurunya Ibn Taimiyyah), ialah MENINGGALKAN APA YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT PADA HARI AKHIRAT. Manakala warak pula ialah MENINGGALKAN APA YANG DITAKUTI MEMBERI MUDHARAT PADA HARI AKHIRAT.

Ada yang mendefinisikan Zuhud itu ialah menjadikan dunia di tanganmu dan akhirat itu di hatimu.

Banyak kalangan ulama ahli dalam soal tarbiyyatul qulub memberikan definisi yang bermacam-macam dalam menjelaskan maksud kepada warak dan zuhud.  Apapun, yang jelas, zuhud itu bukanlah sekali-kali meninggalkan dunia sebagaimana kelakuan sesetengah orang. Mereka itu, yang memakai pakaian compang camping, tinggal di rumah-rumah terbiar dan menjauhi perkara-perkara yang baik , bukan sekali-kali dinamakan ornag zuhud. Hendaklah diperhatikan kezuhudan moidel nabi dan para sahabat. 

Nabi kemuncak kezuhudan dan dia menyukai pakaian yang cantik, kenderaan yang baik dan isteri-isteri. Demikian kalangan sahabat baginda, ada kalangan mereka adalah hartawan yang melimpah harta mereka dengan infaq fi sabilillah!

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, sifat Zuhud yang ada manusia itu boleh diklasifikasikan kepada tiga martabat iaitu:

1) Zuhud dengan meninggalkan yang haram. Inilah zuhud orang-orang awam.
2) Zuhud dengan meninggalkan berlebihan dalam menggunakan perkara yang halal. Inilah zuhud orang-orang khusus.
3) Zuhud dengan meninggalkan apa sahaja yang boleh menyibukkan diri daripada mengingati Allah SWT. Inilah zuhud orang-orang Arifin.


Bacaan: Khaledalsabt 


No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...