Tuesday, September 19, 2023

CUBAAN ABU BAKAR MENTA'BIR MIMPI

Teks hadis dipetik dari sumber: Dorar.net


  أنَّ رَجُلًا أتَى رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ فَقالَ: إنِّي رَأَيْتُ اللَّيْلَةَ في المَنَامِ ظُلَّةً تَنْطُفُ السَّمْنَ والعَسَلَ، فأرَى النَّاسَ يَتَكَفَّفُونَ منها، فَالْمُسْتَكْثِرُ والمُسْتَقِلُّ، وإذَا سَبَبٌ واصِلٌ مِنَ الأرْضِ إلى السَّمَاءِ، فأرَاكَ أخَذْتَ به فَعَلَوْتَ، ثُمَّ أخَذَ به رَجُلٌ آخَرُ فَعَلَا به، ثُمَّ أخَذَ به رَجُلٌ آخَرُ فَعَلَا به، ثُمَّ أخَذَ به رَجُلٌ آخَرُ فَانْقَطَعَ ثُمَّ وُصِلَ. فَقالَ أبو بَكْرٍ: يا رَسولَ اللَّهِ، بأَبِي أنْتَ، واللَّهِ لَتَدَعَنِّي فأعْبُرَهَا، فَقالَ النَّبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: اعْبُرْهَا. قالَ: أمَّا الظُّلَّةُ فَالإِسْلَامُ، وأَمَّا الذي يَنْطُفُ مِنَ العَسَلِ والسَّمْنِ فَالقُرْآنُ؛ حَلَاوَتُهُ تَنْطُفُ، فَالْمُسْتَكْثِرُ مِنَ القُرْآنِ والمُسْتَقِلُّ، وأَمَّا السَّبَبُ الوَاصِلُ مِنَ السَّمَاءِ إلى الأرْضِ فَالحَقُّ الذي أنْتَ عليه، تَأْخُذُ به فيُعْلِيكَ اللَّهُ، ثُمَّ يَأْخُذُ به رَجُلٌ مِن بَعْدِكَ فَيَعْلُو به، ثُمَّ يَأْخُذُ به رَجُلٌ آخَرُ فَيَعْلُو به، ثُمَّ يَأْخُذُهُ رَجُلٌ آخَرُ فَيَنْقَطِعُ به، ثُمَّ يُوَصَّلُ له فَيَعْلُو به، فأخْبِرْنِي يا رَسولَ اللَّهِ -بأَبِي أنْتَ- أصَبْتُ أمْ أخْطَأْتُ؟ قالَ النَّبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أصَبْتَ بَعْضًا وأَخْطَأْتَ بَعْضًا. قالَ: فَوَاللَّهِ يا رَسولَ اللَّهِ، لَتُحَدِّثَنِّي بالَّذِي أخْطَأْتُ، قالَ: لا تُقْسِمْ.

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 7046 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

التخريج : أخرجه مسلم (2269) باختلاف يسير


  • Hadis di atas diriwayatkan dalam Saheh Bukhari.
  • Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW menceritakan mimpinya.

  • Dia bermimpi:
    • Melihat awan di langit yang menitiskan keju dan madu
    • Orang ramai mencedok dengan tangan masing-masing.
    • Ada yang ambil banyak dan ada yang ambil sedikit.
    • Kemudian dia nampak ada tali yang menghubungkan antara bumi dan langit
    • Nabi SAW memegang tali itu dan naik ke atas.
    • Kemudian ada 3 orang lain lelaki yang melakukan hal sama, cuma yang ke-3 itu talinya putus, namun kemudiannya dapat disambung kembali.

  • Abu Bakar minta izin daripada Nabu SAW untuk menta'birkannya dan dibenarkan .

  • Abu Bakar Menta'birkan mimpi itu:
    • Awan itu menunjukkan Islam
    • Madu dan keju yang menitis itu adalah Al-Quran
    • Orang ramai tak sama dalam mendapat manfaat daripadanya.
    • Adapun tali itu adalah kebenaran dan Haq.
    • Nabi dan 3 orang lelaki yang datang selepas baginda itu adalah pemegang kebenaran itu.

  • Abu Bakar bertanya nabi selepas dia menta'bir mimpi itu, apakah ta'birnya betul.
  • Nabi SAW mengatakan ada yang betul dan ada yang salah.
  • Abu Bakar bersumpah , minta nabi beritahu apa yang betul dan apa yang salah
  • Nabi SAW melarangnya bersumpah.
  • Tiada penjelasan daripada nabi SAW selepas itu , apa yang betul dan apa yang salah dalam ta'bir mimpi oleh sahabat akrabnya itu.
Kalangan ulama menghuraikan bahawa mimpi itu mengkhabarkan khalifah sesudah Nabi. Lelaki pertama adalah Abu Bakar. Lelaki kedua adalah Umar Al-Khattab. Lelaki ketiga adalah Uthman. Putusnya tali itu adalah fitnah yang berlaku di zamannya . Sambung semula itu adalah isyarat bahawa Uthman kemudiannya menjejaki 2 sahabat nabi sebelumnya apabila dia mendapat syahid.

Para ulama kemudiannya berbeza-beza tanggapan dalam memahami apakah yang betul dan salah dalam ta'bir mimpi yang dibuat oleh Abu Bakar As-Siddiq. 

Ada yang kata salahnya Abu Bakar adalah dalam meminta untuk menta'birkannya. Pendapat ini dikemukakan oleh Al-Isma'ili daripada Ibn Qutaibah. Imam Nawawi menolak pemahaman sebegitu kerana baginya Abu Bakar telah minta kebenaran dan nabi memberikan izin kepadanya.

Ada yang kata salahnya itu adalah ketika menjelaskan maksud "lalu tali itu disambung"

At-Tohawi mengatakan mengatakan kesalahan ta'bir Abu Bakar adalah bila menta'birkan keju dan madu dengan satu perkara sahaja iaitu Al-Quran. Sepatutnya dita'birkannya dengan dua perkara juga iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Ada yang mentafsirkan maksud kata-kata nabi itu bahawa apapun tafsir kamu mimpi yang dibuat seseorang, ia tidak mencapai darjat yakin. Ia adalah zan dan zan terdedah kepada kemungkinan salah.
Wallahu A'lam....

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...