Friday, September 8, 2023

Ta'liq Talaq

 Seorang suami, entah dijangkirti virus apa, telah mengucapkan ta'liq talaq kepada isterinya:

"Aku ceraikan isteriku talak 3 jika PMX masih berkuasa sampai bulan 8",

Dia mengucapkan demikian pada tahun 2023 sebelum menjelang bulan 8. Maka qarinah menunjukkan bulan 8 yang dimaksudkan itu adalah bulan 8 tahun 2023..

Lafaz sedemikian disebut ta'liq talaq  atau disebut juga talaq mu'allaq. Ia bermaksud talak itu digantungkan dengan sesuatu syarat. 

Jumhur ulama (Mazhab Empat) berpandangan, apabila berlaku syarat, jatuhlah talak. Jika tidak, maka talaq tidak berlaku!

Namun ada pandangan kalangan ulama yang melihat masalah ini sebagai bergantung kepada niat suami. Jika niatnya untuk talak, maka berlakunya syarat adalah penentu. Namun, jika niatnya adalah untuk menggalakkan ssesuatu atau mencegah sesuatu, maka ia jatuh hukum sumpah. Pandangan ini diangkat dan disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan juga muridnya Ibn Al-Qayyim.

Ini bermaksud, atas suami hendaklah membayar kifarat sumpah iaitu:

a) Beri makan 10 orang miskin iaitu sekadar setengah cupak makanan ruji dalam sesebuah negeri( 1.5 Kg). Jika adat makan dalam negeri itu bersama lauk pauk, maka hendaklah bersama lauk pauk.

b) Beri pakaian 10 ornag miskin. Maksudnya pakaian yang jika dia solat dengannya, sah solatnya. 

c) Merdekakan seorang hamba.

d) JIKA TAK MAMPU mana-mana 3 perkara di atas, barulah digantikan dengan puasa 3 hari. 

Jumhur mengatakan beri makan itu tidak  boleh digantikan dengan beri duit untuk nilai makanan  tersebut. Ia tetap kifarat dalam bentuk makanan, kerana itulah yang disebutkan Allah SWT dalam perkara kifarat sumpah.

Kembali kepada masalah talaq mua'allaq tadi yang menurut sebahagian ulama jatuh hukum sumpah. Untuk memahami apakah niat suami sewaktu mengucapkannya, maka hendaklah dinilai antara dua perkara, mana yang menjadi tujuannya. Misalnya suami berkata:

" Jika kau balik rumah emak engkau, jatuh talak!", 

Lalu si isteri balik juga. Maka suami susah hati. Dia gembira kalau isterinya tidak balik ke rumah emaknya. Dia tidak suka ieterinya balik ke umah emaknya. Itu isunya. Dalam mas ayang sama, dia tidak suka bercerai dengan isterinya. Sebab itu, pelanggaran isterinya menimbulkan kedukaan dalam hatinya. Jadi masalah pula kalau kena bercerai dengan isterinya. 

Maka  dalam situasi di atas, nampaklah NIAT ucapan suami adalah Menghalang dan BUKAN talaq isterinya. Keika itu atasnya wajib membayar kifarat sumpah.

Inilah pandangan kedua dalam bab ini setelah pandangan pertama mengatakan NIAT tidak diambil kira. 

Bacaan sokongan: Islamonline

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...