Yang namanya manusia itu tidak ghaib. Manusia dalah makhluk yang boleh dilihat dengan mata kasar.Kecuali jika manusa itu mengamalkan sesuaitu ilmu yang dinamakan "ilmu ghaib" maka manusia itu boleh hilang daripoada pandangan mata. Namun , ilmu ghaib itu sangatlah memusykilkan.
Kesimpulan yang ada padaku setakat ini, ilmu ghaib itu adalah sejenis sihir. Islam melarang kita mengamalkan ilmu sihir dan sihir adalah sal;ah satu dosa besar.
Seorang manusia yang terbentuk daripada daging, tulang darah, urat-urat serta pelbagai komponen dalam tubuh, perlu memecahkan dan menguraikannya untuk lenyap daripada pandangan mata. Kalau tidak, manusia perlukan sesuatu dinding mistik yang melingkunginya agar orang lain tidak nampak. Hal sedemikian adalah satu bentuk penyihiran mata.
Namun, ada mahkluk manusia yang dipercayai oleh golongan tertentu sebagai makhluk ghaib yang digelar sebagai Rijalul Ghaib. Golongan yang membawa terma ini adalah gilongan yang mengaku sebagai ahli sufi. Mereka percaya adalah manusia yang mencapai darjat tinggi mampu beraksi dalam dunia sebalik mata. Manusia itu adalah para wali yang terdiri daripada pelbagai tingkatannya. Merekalah yang dinamakan Rijalul Ghaib. Mereka disebut juga sebagai Ahlu Naubah.
Persoalannya, adalah kepercayaan tersebut benar atau ianya telah diperdaya ?????
Bukankah dalam Quran, Surah Al-Jin , Allah menamakan golongan dari jin sebagai rijal. Sebenarnya, mereka itulah rijalul Ghaib yang ditemui oleh ornag yang bertapa di gua, gunung ganang dan hutan belantara.
Firman Allah SWT:
وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادوهم رهقاً
Baca: Islamway
No comments:
Post a Comment