Tuesday, September 5, 2023

Memahami kaedah: Siapa yang tidak kafirkan orang kafir, maka dia menjadi kafir.

 Kaedah tersebut berbunyi:


من لم يكفِّر الكافر فهو كافر



"Sesiapa yang tidak mengkafirkan orang yang akfir, maka dia menjadi kafir"




Kaedah di atas telah menjadi kesepakatan kalangan ulama baik yang silam maupun kemudian. Ia berhubung dengan tidak mahu mengakui kekafiran orang yang kafir dengan nas yang sareh daripada Quran maupun diijmakkan. Penolakan kekafiran mereka membawa erti penolakan terhadap Quran dan nas Qat'i agama. 

Imam Nawawi menyebutkan dalam Raudhatut Tolibin:

مَنْ لَمْ يُكَفِّرْ مَنْ دَانَ بِغَيْرِ الْإِسْلَامِ كَالنَّصَارَى، أَوْ شَكَّ فِي تَكْفِيرِهِمْ، أَوْ صَحَّحَ مَذْهَبَهُمْ، فَهُوَ كَافِرٌ، وَإِنْ أَظْهَرَ مَعَ ذَلِكَ الْإِسْلَامَ وَاعْتَقَدَهُ

Al-Buhuti menyatakan dalam Kasyaful Qina':

فهُوَ كَافِرٌ؛ لِأَنَّهُ مُكَذِّبٌ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ}

Kaedah dalam perkataan di atas terikat dengan 3 perkara:

1) Kekafiran orang yang wajib dikafirkan itu itu adalah Qat'i dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis seperti kafirnya Yahudi, Nasrani dan agama-agama lain selain Islam.

2) Kekafiran orang yang dikafirkan itu  itu adalah pasti dengan sebab riddah seperti kafirnya mazhab Batiniyyah seumpama Ismailiyyah, Qoramitah,  Nusairiyyah , Druz dan Babiyyah.

3) Kekafiran orang yang wajib dikafirkan itu itu berlaku disebabkan melakukan perkara yang diijmakkan ulama tentang perlakuannya yang membatalkan Islam seperti mempersendakan Rasul atau mencelanya , menolak hukum yang bertaraf Idhtirari dalam Islam seperti zakat, solat dan sebagainya. Sesiapa yang enggan menkafirkan pelakunya dengan anggapan bahawa perkataan ornag itu atau perbuatannya tidak menjadikannya kafir, maka kafir samalah sesiapa yang memberi uzur kepada perlakuan jenayah itu.

Awas...Kaedah di atas tidak boleh diterapkan dalam situasi berikut:

1) Pada perlakuan yang menjatuhkan kafir pada sesetengah ulama dan tidak pada setengah yang lain sepeti perbuatan meninggalkan solat kerana malas. Maka, tidak boleh kita menghukumkan kafir sesiaoa yang tidak mahu kafirkan ornag yang tinggalkan solat kerana malas!

2) Apabila seseorang itu tidak mengengkari Taghut,maka tidak boleh hukumkan dia sebagai kafir. Ini kerana tentang siapa yang boleh dicop sebagai taghut itu adalah mahallul khilaf. 
3) Tidak boleh dikenakan kaedah ini ke atas orang yang enggan mengkafirkan secara ta'yin ke atas seseorang. Seorang yang melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menjatuhkannya ke dalam kekufuran ada hujjah yang pelbagai. Mungkin jahil, terpaksa, salah maklumat dan sebagainya. Jika sesiapa yang enggan mengkafirkannya  , maka ornag yang enggan itu tidka boleh dihukumkan kafir menerusi kaedah di atas.


Kaedah di atas telah membelit dan memerangkap dua jenis golongan orang :

1) Golongan yang menolaknya secara total. Mereka tidak berpegang dengannya. Mereka tidak mahu menghukumnkan kafir atas ornag yang jelas kafirnya. maka atas mereka mendapat tempias kekafiran itu sesuai dengan kaedah. Tidak kafirkan orang kafir, maka jadi kafir.

2) Golongan ekstrem dalam menggunakan kaedah ini. Mereka menghukumkan ornag Islam lain sebagai murtad dan kafir. Sesiapoa yang tidak mahu ikut hukum mereka itu dicop juga sebagai kafir.

 

Ingatlah bahawa takfir adalah satu istilah yang membawa implikasi yang pelbagai. Ia tidak hanya terhenti atas menuduh kafir seseorang itu. Ia memberi kesan hubungan suami isteri, putusnya hak pewarisan harta, hukum bunuh atas orang yang dituduh murtad ( jadi kafir), tidak boleh solat jenazahnya dan tidak boleh dikebumikan di perkuburan Islam dan sebagainya. Ia bukan individu muslim dalam masyarakat, sebaliknya ia hanyalah hak bagi orang yang ilmu dan ada hak menjatuhkan hukuman. Ornag biasa tiada kuasa memutuskan siyanu itu kafir kerana keputusannya tidak menatijahkan perlaksanaan sebaliknya hanya menatijahkan fitnah.

Imam Al-Ghazali, dalam kitabnya al-Iktisad fil i'tiqad menyebutkan:


ينبغي الاحترازُ من التكفيرِ ما وجدَ إليه سبيلاً، فإن استباحةَ الدماءِ والأموالِ من المصلين إلى القبلة المصرِّحين بقولِ لا إله إلا الله محمد رسول الله خطأ، والخطأُ في تركِ ألفِ كافرٍ في الحياةِ أهونُ من الخطأِ في سفكِ مِحْجَمَةٍ من دم مسلم

Imam As-Syaukani dalam As-Sailul Jarrar menyatakan:


اعلم أنَّ الحكمَ على الرجل المسلمِ بخروجه من دين الإسلام ودخولِه في الكفر لا ينبغي لمسلمٍ يؤمن بالله واليومِ الآخر أن يَقْدُمَ عليه إلاَّ ببرهانٍ أوضحَ من شمس النهار، فإنه قد ثبت في الأحاديث الصحيحة المروية عن جماعةٍ من الصحابة أنَّ: مَنْ قَالَ لأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...