Pada saat ujian Allah datang, maka ketika itu anda akan melihat manusia terpecah kepada dua kelompok. Satunya adalah mereka yang tetap dengan pendiriannya, istiqamah dengan perinsipnya dan bersabar mendepani segala mehnah dan ujian. Inilah golongan yang disifatkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:
{وما لنا ألا نتوكل على الله وقد هدانا سبلنا ولنصبرن على ما آذيتمونا وعلى الله فليتوكل المتوكلون} [إبراهيم:12].
Namun, di sana ada sekelompok lagi yang dalam mendepani ujian dna cobaan itu, mereka berubah. Mereka mencari keuntungan di sebalik penderitaan yang menimpa orang. Mereka bersekongkol dengan dengan orang zalim sama ada atas alasan takut ancaman atau kerana ingin memperolehi pamrih duniawi.
Golongan inilah yang diperingatkan Allah dalam Quran ayat 113 Surah Hud:
ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون
السكون إلى الشيء والميل إليه بالمحبة
Kecenderungan yang sedikit, itulah erti kepada kalimah Tarkanu.
هو الميل اليسير، أدنى ميل،
Baca: Jubhah Tsaqafiyyah
Larangan cenderung kepada orang zalim membawa mesej hendaklah sentiasa bersama orang yang dizalimi, menjadi pembela mereka dan menentang kezaliman para penzalim. Orang zalim selalunya golongan atasan, para kapitalis dan para pembesar manakala yang menjadi mangsa kezaliman adalah golongan miskin dan marhaen.
Maka , Allah menghendaki kita menjadi pembela golongan marahaen dan bukan membela para kapitalis dalam masyarakat.
Seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad: Apakah kamu kira saya dari kalangan penolong ornag-orang zalim?
Imam Ahmad bertanya: Apa pekerjaanmu?
kata lelakinitu: Tukang jahi buat seornag yang zalim.
Imam Ahmad berkata: Kamu bukan penolong ornag zalim, tetapi kamu adalah sang penzalim. Penong ornag zalim adalah yang membekalkan kamu jarum dan benang!
Baca: Islamonline
Bacaan Tambahan: Basaer online
Sejarah memperlihatkan kepada kita akibat yang menimpa mereka yang cenderung kepada orang zalim. Selain apa yang Allah janjikan dari azab di ahri akhirat, dalam dunia dia akan menempa kehinaan. Orang zalim hanya menunggangnya untuk kepentingan dirinya. Apabila telah tercapai maksudnya, maka kezaliman yang ditujukan kepada musuh para penzalim kemudiannya akan berpaling arah kepada para pembela kezaliman. Lihatlah bagaimana nasib mereka yang menjadi mata dan telinga ornag zalim dalam sejarah. Apakah nasib mereka pada akhirnya? Mereka umpama ornag yang bermain api, akhirnya api itu menyambar dirinya!
No comments:
Post a Comment