Thursday, December 11, 2025

Sebab dinamakan "BIR ALI".

Bir Ali  adalah tempat niat ihram bagi datang dari Madinah menuju Mekah. Nama asalnya adalah Zul Halifah. Itulah nama yang dipakai sejak zaman Nabi dan salafus soleh. Nama Bir Ali itu adalah nama yang hadir kemudian kerana sesuatu peristiwa.

Kaum Rafidhah (syiah ) telah membuat cocoklogi dengan mengatakan bahawa nama Bir Ali itu adalah sempena peristiwa Ali bin Abi Talib  berlawan dengan jin di situ. Namun cerita Ali berlawan jin itu tiada asas dan rekaan belaka. 

Mereka( puak Syiah) mempercayai bahawa Ali itu nisbah kepada Ali bin Abi Talib dan menuduh golongan yang meolaknya sebagai golongan Bani Umayyah dan juga anak cucu Saqifah Babi Sa'adah yang mereka laknati.

Hakikatnya, Ali yang dipakai namanya itu adalah merujuk kepada Ali yang lain. Beliau adalah Ali bin Dinar.

Ali bin Dinar itu adalah raja dari Afrika iaitu Sultan Kota Dafur. Beliau telah datang melaksanakan haji dan sampai di Zulhalifah tahun 1898M=1315H. Tatkala dia sampai , dia melihat keadaan yang daif di Zulhalifah. Dengan inisiatif beliau, Masjid Zulhalifah diperbaiki, telaga-telaga digali untuk kemudahan para hujjaj. Maka, sebagai mengenang jasanya, dikenallah Zulhalifah itu dengan nama Bir Ali. Ali bin Dinar. 

Bukan Ali bin Abi Talib

Nama Bir Ali itu baru dikenali kira-kira lebih 120 tahun yang lalu.

Untuk catatan, pada masa itu di Sudan hari ini, tegak sebuah pemerintahan Islam di Dafur yang meiliki keluasan pemerintahan yang hampir seluas Perancis.  Ia bermula tahun 1898 hingga 1917 yang mana mana penduduknya sekitar 6 juta dan 99% daripadanya adalah muslim. lebih 50% penduduknya adalah Hafiz Al-Quran .

Kesultanan Dafur tegak antara tahun 1445 hingga 1916.

Sulaiman Solong adalah pengasas dinasti Kirawiyyah di Dafur pada tahun 1660

Kisah Ali bin Dinar

Ali bin Dinar adalah Sultan terakhir kerajaan DAFUR  YANG berjaya memmepertahankan kemerdekaannya di zaman penjajahan Inggeris. Beliau adalah keturunan kepada Sulaiman Sulunk yang menjadi pengasas kesultanan Dafur Ke-2.

Daripada Dinasti Kirawiyyah (Keira)

Tinggal di Kota Fasyir. Di sana dibinanya kilang pembuatan kelambu Kaabah. Selama 20 tahun kelambu Kaabah dibekalkan dari produksi kilang di sana.

Menurut catatan nama Ali bin Dinar itu adalah merujuk kepada panggilan masa kecilnya Ali The Nar yang membawa maksud Ali Si Api yang melambang keberanian dan kerteguhan hatinya.

Dia dipilih menggantikan pakciknya yang terbunuh.

Sultan Ali bin Dinar gugur syahid dalam Perang Baranggay melawan penjajahan Brityish pada 6 Nov 1916. Kematiannya menandakan tamatnya era kesultanan di Dafur.

Tahun-tahun ini adalah era kelemahan kerajaan Ottoman yang menjadi pelindung kepada wilayah-wilayah Islam.                    


No comments:

Post a Comment

Ceramah Israk Mikraj: Ringkasan afkar

Latar belakang: 1) Bila berlakunya Peristiwa Israk dan Mikraj? -Ulama berbeza pandangan: * Imam Nawawi kata berlaku setahun sebelum peristiw...